CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM: Ekonomi terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel

21-6-2024 10:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7346| Komen: 20


Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Menurutnya, ini khususnya jika membabitkan syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi, di luar daripada negara itu.

“Baik, bagaimana syarikat (asing) yang ada operasi (ibu pejabat) di Amerika Syarikat (AS), Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel.

“Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan (hubungan itu) kerana ini akan menjejaskan ekonomi negara,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata demikian ketika mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa membiayai pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Umat Islam khususnya rakyat Malaysia berpakat la. Kita dari segi kerajaan dan saya sendiri buat pendirian maksimum depan kuasa besar, jumpa pemimpin Hamas. Kita dah buat sedaya upaya kita.

“Saya percaya sebahagian yang menentang ada hujahnya dan ikhlas, tapi sebahagiannya nak tunggang politik. Jangan guna isu ini kerana isu ini harus persatukan kita,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rundingan dengan GIP harus dilakukan terlebih dahulu.

“Kita runding dulu dengan GIP. Akhir tahun lalu, Blackrock ambil alih (GIP). Syarikat yang ada kepentingan Blackrock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.

Anwar menjelaskan, kerajaan tidak mahu bertindak ke atas mana-mana syarikat asing yang didakwa mempunyai kaitan sokongannya dengan Israel, kerana ini juga dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi negara.

"Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja.

"Tapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara. Kalau syarikat itu syarikat dari Israel saya tetap tegas (tak benarkan operasi di Malaysia). Itu yang saya nak jelaskan," katanya.

Perdana Menteri berkata dia terbuka dengan kritikan pembangkang berhubung isu syarikat asing itu, namun pada masa sama mereka harus bersama kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap konflik di Gaza.

“Boleh tegur dan kritik saya, tiada masalah tapi jangan  nak tunjuk siapa lebih pahlawan.

“Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini (Malaysia) dulu?

“Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan PM pada 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin, termasuk mantan mantan menteri yang dok bising sekarang?” soalnya.

Sebaliknya, Anwar berkata, dia yang membuat keputusan membatalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi dari negara itu.

"Di PRK(Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap bolehlah lawan, tetapi dalam soal Gaza ini, umat Islam di Malaysia bersatulah.

“Orang mati. Sakit dan kita cari jalan untuk menyelamatkan. Kalau nak apa yang disebut skor political point ini bukan tempatnya," katanya.

Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blue_blur 21-6-2024 10:55 PM
mat..... orang tak persoalkan tamatkan/halau company yang sedia ada dah bertapak lama kat malaysia....

yang orang nak tau, kenapa bagi peluang untuk dorang berkembang atau bermula fresh dalam negara?

mana mungkin tak ada company lain non zionis yang sama atau lebih baik..

(dan kalau tak nak putus hubungan dengan zionis, jangan lah ikut telunjuk US boikot russia..biar adil)
Quote _blackbird 21-6-2024 11:02 PM
Boikot nuar berahi. Penyokong yahudi. Musuh isle.
Quote MissYouSayang 21-6-2024 11:39 PM
PM yg lembikkk lagi bodoh
Quote Firenzza 22-6-2024 12:09 AM
Ada ke isroel ni acu pisau kt leher nuart? Xde kan.....tp apesal ko plk yg beria2 nk jual kt blackrock, nti netizen ckp ko mmg pro isroel tahu plk nk spin.......tp ko mmg piem Mahaspin
Quote mojarean_X 22-6-2024 12:29 AM
Semoga mimpi ngeri bang non sbg PM Malaysia berakhir secepat mungkin.
Quote fattymah 22-6-2024 12:50 AM
Bukan dulu heols ke beria tak bagi kapai xim masuk
Quote kaseh80 22-6-2024 10:04 AM
Takda TuLuR Madanons
Quote Dwdrum 22-6-2024 10:08 AM
Selama ini cakap rezeki dari tohan itu hanya sebagai motivation saja ka
Quote Firenzza 22-6-2024 11:31 AM
Edited by Firenzza at 22-6-2024 11:32 AM

Sementara kita keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, khususnya di Gaza, kita sedia berdepan dengan siapa saja....

.....baru berdepan dgn black rock dh kecut teloq ntah hapa2 la nuart ni ckp berbelit2 konon nk cover malu sejak jd piem ekonomi makin merudum, bila org tnya knp eko msia makinjatuh dia bantai jawab sbb x buat subsidi bersasar habistu ko ingat piem sblm2 ni ok je jaga ekonomi harga minyak lagi murah......time ko jaga dan2 suma salah piem lama.....dasar bongkak
Quote theotherfriend 22-6-2024 12:04 PM
Betul kata arwah HannahMontana dulu, yang ko kata orang dulu, itula yang kau buat. Dulu sapa2 jadi PM pun kau keji, kau sahaja terpaling. Now face the mujik
Quote Goodluckdontcry 22-6-2024 12:12 PM
Bunga bunga matahari...knp den nyanyi lagu bunga... entahla kehkehkeh

Tp dulu2 de gosip, ko ni sbnrnya pro zionis..tp pandai cover..so adakah ini bunga bunga matahari???dah keluar menampakkan diri??
Quote miss_white 22-6-2024 01:13 PM
Harap agong bubar kn kerajaan skrg

Quote Skuau 22-6-2024 01:15 PM
kaseh80 replied at 22-6-2024 10:04 AM
Takda TuLuR Madanons

Sb dh 'DTURUNKAN' 3 sen..oleh depa sendiri...
Quote Zazama 22-6-2024 02:50 PM
Cisrahell memang berperanan ke menaikkan ekonomi Msia? Kaler sebenar tuan punya badan semakin menyerlah sejak akhir-akhir ni.
Quote Zeatyisaac 22-6-2024 03:17 PM
Kata ada pakar ekonomi kan, kenapa tak guna?
Quote ctaz 22-6-2024 03:34 PM
dulu byk sgt sembang hancing....
kencing mcm2...
turun sana...turun sini
formula sana....formula sini...
ujung2 jilat syarikat zionis
Quote kakikuDibibirmu 22-6-2024 03:38 PM
Skuau replied at 22-6-2024 01:15 PM
Sb dh 'DTURUNKAN' 3 sen..oleh depa sendiri...

Terjejas tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Quote kakikuDibibirmu 22-6-2024 05:34 PM
Sedih sangat-sangat,  umat Islam semakin hari semakin anti dengan Hajarul Aswad
Quote terma2nkondisi2 22-6-2024 07:03 PM
ni politikus nak 'kencing' secara berpusing2' ke ni?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050859 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top