CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KJ yakin Umno bantah isu Blackrock jika dibawa ke jemaah menteri

21-6-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7523| Komen: 24


Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin berkata bahawa dia yakin menteri-menteri Umno tidak akan setuju dengan pengambilalihan Malaysian Airlines Holdings Berhad (MAHB) oleh syarikat Blackrock yang didakwa menyokong genosid Palestin, sekiranya isu itu dibawa ke jemaah menteri.

"Saya nak bersangka baik rakan dari Umno. Saya yakin jika perkara ini dibawa ke jemaah menteri saya yakin menteri Umno akan bantah.

“Kalau dibawa ke jemaah menteri dan ditanya ke jemaah menteri, boleh ke tidak benarkan Khazanah jual kepada BlackRock, menteri Umno yang saya kenal takkan setuju," katanya selepas menghadiri forum ‘Tolak Blackrock’ anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, dia ditanya kenapa tiada tindakan daripada anggota kabinet berhubung isu pengambil alihan MAHB oleh Blackrock, syarikat Amerika Syarikat (AS) yang menyokong rejim Israel.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga bekas menteri kabinet berkata kebanyakan masa urusan Khazanah Nasional tidak dibincang dalam jemaah kabinet.

"Saya rasa benda ini tidak diletakkan di dalam jemaah menteri pun. Sebab biasanya tiada keperluan isu Khazanah dibawa ke jemaah menteri.

"Dia diputuskan di lembaga pengarah Khazanah dan dimaklumkan kepada pengurusan Khazanah. Jika ia melibatkan sesuatu akan sentuh dasar kerajaan wajar perkara ini dimaklumkan kepada jemaah menteri," katanya.

Sementara itu, Khairy menyifatkan bahawa sekiranya kerajaan membenarkan Blackrock membeli saham MAHB, ia sama dengan bersubahat dengan genosid Israel di Palestin.

"Kita tak halang pengambilalihan saham MAHB oleh mana-mana syarikat. Kita cuma bantah Blackrock sebab ada banyak ekuiti swasta yang lain boleh buat urusan ini.

"Adalah sangat jelas Blackrock bersuhabat dengan genosid di Palestin. Pemiliknya adalah seorang Zionis yang secara terbuka menyokong serangan Israel ke atas Palestin dan mengkritik Hamas,.

"Saya percaya urusan (penjualan saham) ini dibuat sekarang atas dasar niat baik, tapi adakah kita perlu Blackrock? Tidak. Kamu memberi sokongan moral kepada Palestin, tapi kamu benarkan Blackrock (beli saham MAHB).

"Tapi, Anwar selaku pengerusi Khazanah, menteri kewangan dan perdana menteri, jika kamu benarkan Blackrock maknanya kamu berhubahat dengan genosid di Palestin," katanya disambut sorakan lebih 200 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, (KLSCAH).

Turut hadir, bekas menteri luar negara Saifuddin Abdullah, bekas pemimpin PKR Tian Chua, wakil gerakan Boycott, Divestment, Sanctions for Malaysia (BDS Malaysia) dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin.

Sebelum ini, sebuah konsortium yang terdiri daripada anak syarikat Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi dan Global Infrastructure Partners (GIP) telah mengumumkan tawaran untuk membeli saham MAHB dan menjadikannya sebagai syarikat swasta.

Khazanah dan KWSP mempertahankan pengambilalihan tersebut sebagai langkah untuk meningkatkan daya saing lapangan terbang Malaysia.

Pengarah Urusan Khazanah, Amirul Feisal Wan Zahir, bagaimanapun menegaskan bahawa Blackrock masih belum memperoleh GIP.

Ini walaupun Blackrock mengumumkan pada Januari bahawa ia memperoleh sepenuhnya GIP dan dijangka memuktamadkan perjanjian itu menjelang suku ketiga tahun ini, iaitu antara Julai dan September.

Sumber : Malaysiakini


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-6-2024 12:38 AM
Nk ke wak zahid bawa?
Quote sharlenetexas 22-6-2024 04:24 AM
Dia dulu tu pasal hospital pantai dan company spore
Dah lupa ke?

Quote AbukRokok 22-6-2024 08:05 AM
sharlenetexas replied at 22-6-2024 04:24 AM
Dia dulu tu pasal hospital pantai dan company spore
Dah lupa ke?

tall dark and handsome membongak tetap dijilati peminat bakal pm


Quote alesandra 22-6-2024 01:39 PM
sharlenetexas replied at 22-6-2024 04:24 AM
Dia dulu tu pasal hospital pantai dan company spore
Dah lupa ke?






Quote manop 24-6-2024 10:41 AM
diam lah ko
Quote damsel_fiji 24-6-2024 03:55 PM
diam la ko rentung..pegi kau berpodcast sana jauh2

Quote tripleid 24-6-2024 04:05 PM
Edited by tripleid at 24-6-2024 06:52 PM

Orang ada ijazah dari Oxford pun bila dah tak pegang kuasa terus jadi auto bebal..

Pekata ko boikot jugak , boeing, goggle, waze, whatapps, instagram, telegram, facebook, tiktok, microsoft!..ade berann???


Quote Decaffeinated 24-6-2024 04:21 PM
Adakah UMNO akan membebaskan TNB, Maybank, Public Bank etc dari Blackrock juga?
Quote Skuau 24-6-2024 05:16 PM
tripleid replied at 24-6-2024 04:05 PM
Orang ada ijazah dari Oxford pun bila dah tak pegang kuasa terus auto bebal..

Pekata ko boikot juga ...


Tu..la pasai...mohon calon PH  prk sg bakap nantinya sama level cam Abe Mat Sabu....bijak...bijak...(kita minum dulu)......
Quote tripleid 24-6-2024 06:53 PM
Screenshot_2024-06-24-18-49-06-369_com.facebook.lite-edit.jpg
Quote Apoo 24-6-2024 09:15 PM
tripleid replied at 24-6-2024 06:53 PM

Mohon KJ berenti jadi DJ kat hotfm media prima. Blackrock pun ada interest dlm media prima. Lagi satu stop jadi duta air vida, pun ada kepentingan blackrock.
Quote Decaffeinated 25-6-2024 01:58 PM

dari benang sebelah

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kenyataan timbalannya, Datuk Mohamad Hasan yang membantah penjualan sebahagian saham itu adalah pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili parti itu.


Quote otai_g 25-6-2024 02:04 PM
Kj ni relevent ke lg sbnrnya?
Quote vanilacup 25-6-2024 02:08 PM
KJ enough said lah..Nyawa dan kesihatan rakyat yg ko paksa vax 3 thn lepas akan dibawa utk dibicara di mahkamah akhirat...
Ramai KJ yg ko hutang dgn rakyat di sana nanti..nyawa2 rakyat di bawah yg tak bersalah ni....
Org yg sakit lagi terpaling ramai...
Quote miss_white 25-6-2024 05:52 PM
otai_g replied at 25-6-2024 07:04 AM
Kj ni relevent ke lg sbnrnya?

Tak
Dah kena sumpah dgn antivaksin

Buat apa pun semua  suweyyyy

Quote otai_g 25-6-2024 08:03 PM
miss_white replied at 25-6-2024 05:52 PM
Tak
Dah kena sumpah dgn antivaksin


Itu lah podcast keluar sekejap dia tu aku rs mcm bnd2 yg common sense je. Buang masa je layan. Apa yg dia ckp tu semua org Da Tau dan blh pk sendiri.
Quote wirazam 25-6-2024 11:29 PM
Apoo replied at 24-6-2024 09:15 PM
Mohon KJ berenti jadi DJ kat hotfm media prima. Blackrock pun ada interest dlm media prima. Lagi s ...

Kann sejwnis x buat detail research kaaa...ke asal boleh dpt limelight...
Quote green~tea 25-6-2024 11:45 PM
Hi abam KJ
Quote green~tea 25-6-2024 11:48 PM
wirazam replied at 25-6-2024 11:29 PM
Kann sejwnis x buat detail research kaaa...ke asal boleh dpt limelight...

Dia bagi statement selamat je... riding isu palestin

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098040 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top