CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel Di Jepun Tak Terima Tempahan Pelancong Israel Sebagai Tanda Solidariti Pada Palestin

21-6-2024 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5276| Komen: 5


Sebuah hotel di Jepun telah menjadi bualan netizen semenjak mereka mengambil tindakan berani untuk menolak tempahan pelancong Israel yang ingin menginap di hotel tersebut.

Memetik dari laporan Arab News menurut pengurus Material Hotel itu, mereka menolak mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan pasukan pertahanan Israel (IDF) sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

"Kami dukacita untuk memaklumkan anda bahawa, disebabkan laporan kemungkinan jenayah perang yang dilakukan oleh anggota Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam konflik yang berlaku di Gaza antara Israel dan Palestin."

"Kami tidak boleh menerima individu yang kami percaya mungkin mempunyai hubungan dengan tentera Israel."


Namun begitu, tindakan tersebut tidak diterima baik oleh Duta Israel ke Jepun, Gilad Cohen. Dia juga telah menghantar surat aduan rasmi kepada CEO Material Hotel bagi menuntut permohonan maaf serta penjelasan.

Difahamkan, Cohen juga menggesa agar pengurus hotel yang terlibat dipecat.

Malah mereka telah menghubungi pihak berkuasa Jepun dan merancang tindakan undang-undang terhadap Material Hotel memandangkan isu tersebut berkemungkinan menjejaskan  hubungan diplomatik antara Jepun dan Israel.

SUMBER : Arab News/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-6-2024 04:10 AM
Duk ajelah kat hotel lain. Ni lah sbb rasa entitled sangat sejak ribuan tahun dulu bawak sampai sekarang.


Quote Goodluckdontcry 22-6-2024 12:55 PM
Dasar cilaka..ko buat mcm2 dekat org blh..org buat sikit je pun, tu pun xde mudarat apa pun.. kemain melantun lantun marah.. dasar cilaka laknatullah...blh pergi mampus... harktuihh
Quote intan244 22-6-2024 03:58 PM
patutnya semua hotel boikot
Quote ctaz 24-6-2024 10:57 AM
sementara itu di MALAYSIA......

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.080658 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top