Hanya menjadi peneman VIP, boleh dapat bayaran sehingga RM15,000. Itulah apa yang didedahkan, Puteri Sarah Liyana apabila seorang wanita yang menyamar sebagai pelakon, Nadia Brian menawarkan pekerjaan itu. Menerusi laporan Xtra, Puteri Sarah menjelaskan dia dihubungi scammer itu ketika sedang melakukan penggambaran. Pada mulanya perbualan antara mereka biasa-biasa sahaja namun bertukar menjadi curiga kerana tawaran yang mengarut itu. "Dia tanya saya boleh tak kalau kita jumpa dengan Datuk malam ini lepas habis shooting, Datuk tu datang dari JB." "Saya bingung, jumpa orang itu sebab ada tawarankah? Penerbit baharukah?" "Dia siap pesan pada saya, No Photo No Video. Kita teman je minum-minum coffee dengan bayaran RM15,000." Sarah juga berkata dia menolak tawaran itu dan terus menghubungi Nadia untuk mengesahkan nombor telefon berkenaan. "Saya beritahulah pasal orang guna nombornya menyamar jadi dia." "Rasanya tempoh hari Nadia ada masukkan dalam Instagram dia." "Saya kemudian screenshot chat itu dan serahkan kepada pihak berkuasa IPD Gombak untuk buat report. Selepas mereka check nombor itu, memang sebenarnya itu nombor scammer." Nadia Brian juga tampil menjelaskan isu ini dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bukanlah individu itu. Macam-macamlah orang sekarang ni. Nasib baik Puteri Sarah bijak terus laporkan dekat pihak berkuasa.
|
amarakasih replied at 21-6-2024 10:51 PM
Indirectly nak bagitau orang berkenan kat dia bukan calang-calang, pangkat dato gitu. Bole baca lah
likilu replied at 21-6-2024 02:43 PM
Ye ke scammer
ADVERTISEMENT