Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan diperintah Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam untuk membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh. Memetik BH Online, ia berhubung terbitan berunsur fitnah terhadap O’Luanaigh di media sosial. Tiga panel hakim benarkan rayuan O’Luanaigh membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kenyataan yang didakwa dibuat oleh chef itu tidak memfitnah O’Luanaigh. Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Hakim turut memberikan injuksi melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya serta memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
Terdahulu, O’Luanaigh yang juga bekas suami, Serina Redzuawan memfailkan saman pada Februari 2021 mendakwa lapan hantaran media sosial oleh bekas bapa mertuanya mengenainya dan isterinya sekarang dan memfitnah mereka. Dalam pernyataan pembelaan, Chef Wan berkata kenyataan yang dimuat naik dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat jahat. SUMBER: BH Online/Rotikaya |
_blackbird replied at 21-6-2024 04:39 AM
Apa yg cepwan tulis
Rogue98 replied at 21-6-2024 01:21 PM
CW fitnah menantu keluar Islam kan....buat malu jer tuduh2 org camtu.... anak2 serina elok jer duduk ...
Kancilkering replied at 21-6-2024 12:01 PM
takat rm150k sekali batuk je chep wan
True-X replied at 21-6-2024 01:36 PM
oo dah kawen baru ke?... kaswen dengan org islam gak ke?
Prickford replied at 21-6-2024 01:18 PM
Iolls rasa yg salah satunya mesti post yg bekas menantu tu bawak perempuan lain masuk rumah sambil ...
ADVERTISEMENT