CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telur penuh khasiat, elok dimakan sebiji hingga dua biji sehari - Public Health Malaysia

21-6-2024 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8566| Komen: 29


PETALING JAYA – Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B dan C sebanyak 3 sen sebiji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menjadikan makanan itu sebagai pilihan utama orang ramai.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia di Facebook, telur ayam merupakan antara barangan dapur dan pilihan makanan yang murah, namun memiliki pelbagai khasiat.

Katanya, telur adalah sumber protein berkualiti tinggi dan baik untuk pembinaan otot serta pembaikan tisu.

“Telur juga memberi impak kepada kesihatan mata kerana ia kaya dengan lutein dan zeaxanthin.

“Selain itu, sesuai untuk tingkatkan fungsi otak kerana kandungan kolin dalam telur penting untuk otak,” jelas PHM.

Dalam perkongsian sama, PHM memaklumkan telur adalah pilihan makanan terbaik bagi mereka yang dalam proses menurunkan berat badan.

“Bantu beri tenaga berpanjangan dan membantu kenyang lebih lama.

“Telur mengandungi vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan seseorang serta baik untuk kesihatan tulang disebabkan kandungan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

“Makan satu hingga dua biji telur sehari sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Kombinasikan dengan sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin penuh,” kongsi PHM.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 21-6-2024 10:38 AM
kalau mkn salad telur laju je brt turun
Quote CoffeeOverdose 21-6-2024 10:40 AM
but I allergic dengan telur. makan sikit pun terus naik rashes dan gatal2..
Quote goldcarrot 21-6-2024 10:53 AM
Aku bfast biasa nya toast dgn telur stengah masak 2 bijik n secawan black coffee. Tkda penurunan berat tp mudah nk prep n tayah fikir2 dah
Quote zuriey 21-6-2024 10:56 AM
Bt masa ni aku fobia mkn telur lps kes budak mati tu
Quote pokokmeranti 21-6-2024 10:57 AM
kentut busuk yg amat kata nya....
Quote Skuau 21-6-2024 12:12 PM
udah kes meninggal make tulur mata aritu...benti jap.
Quote Kitty_catz 21-6-2024 12:19 PM
lepas tu smorang kentut busukkkk
Quote Ytee 21-6-2024 12:36 PM
mmg telor byk khasiat
Quote sepiITUindah 21-6-2024 12:47 PM
tertiberr
Quote ultra78 21-6-2024 12:54 PM
Ramai orang takut makan telur kerana kolesterol. Mereka ni tak sedar bahawasanya tubuh sendiri produce kolesterol,malah ia lebih banyak daripada apa yang dimakan. Bukan semua kolesterol tu tak elok. Kena main ratio HDL dan LDL. Cuba kurangkan gula dan karbohidrat dan tengok kolesterol naik atau turun. Banyak penyakit berpunca daripada ini.
Quote dubuk 21-6-2024 03:41 PM
aku makan 25 biji telur setiap hari

telur puyuh 20, telur ayam 5
Quote Jitu 21-6-2024 07:45 PM
muak hari2 mkn kadang2 blh la
Quote kakikuDibibirmu 21-6-2024 07:51 PM
Telur-telur tu, telur-telur tu, telur-telur tu, dadar dah



[youtube]eDJxgdCWzK8[/youtube]

[fbvlink]https://fb.watch/d-lUoTlnKs/[/fbvlink]

Telur kucing

Quote Marunggey 21-6-2024 08:38 PM
Meols sehari makan telur min 4 biji. Tak pernahnlagi muak makan telur [em:2:]
Quote polyx 21-6-2024 08:51 PM
Masa mula2 diet meols makan 2 biji telur rebus selama 3 bulan. Skrg bila nampak telur rebus je meols nak ..
Quote Firenzza 22-6-2024 09:21 AM
Setakat turun 3 sen, lain le sebutir 3 sen blh la nk gebang
Quote _blackbird 22-6-2024 10:32 AM
sedapnya telur, rebus sedap, poaching sedap, kukus sedap, goreng sedap, makan gitu je pon sedap. yummy yummyy
Quote Mamijarum06 22-6-2024 04:01 PM
I pernah tgk kat ig datin influencer emy melisa . Dia buat egg diet. Turun berkilo2 sampai kisah diet dia tu masuk magazine chuols. Menjadi betul diet tu. Dia buat diet tu dah lama dulu. Now dah slim just maintain healty diet je. Iols teringin la jugak nk try tp mcm ada chances hot hot chicken shit sbb tak blh imagine all meals asyik telur je. Seingat iols dia mmg tak makan protein lain masa tu
Quote terma2nkondisi2 22-6-2024 07:20 PM
CoffeeOverdose replied at 21-6-2024 10:40 AM
but I allergic dengan telur.  makan sikit pun terus naik rashes dan gatal2..

makan sebiji atau dua biji seminggu

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051487 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top