PELAKON Fareez Fauzi berkongsi keadaan bahagian belakang badannya yang mengalami kecederaan akibat dipukul dengan getah paip oleh aktres Noorkhiriah. Menunjukkan kesan kecederaan itu, Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Fauzi memberitahu kejadian tersebut berlaku semasa mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Singah yang kini masih dalam proses penggambaran. "Nak kongsi sikit pengalaman berlakon dengan Kak Noor (Khiriah). Ini dia penangan Noorkhiriah. "Kak Noorkhiriah tak pukul kuat pun, getah paip memang berbisa," katanya. Fareez memuat naik video pendek menceritakan pengalaman tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis.
Menerusi video berkenaan, Khiriah juga terkejut dan tidak menyangka badan Fareez mengalami kecederaan sebegitu akibat perbuatannya. Dia juga memohon maaf kepada aktor Fauzi Nawawi yang merupakan bapa kepada Fareez. "Jujur saya tidak pukul kuat, tapi tak sangka berbirat sampai begitu. "Kepada abang Fauzi, saya minta maaf. Bisa rupanya getah paip," ujarnya. Membalas komen tersebut, Fauzi menganggap ia juga sebagai satu proses pembelajaran seorang anak seni yang perlu dilalui. "Tidak mengapa, anak jantan. Itu perkara biasa. Sebelum berjaya dia kena lalui perkara begitu," jawabnya.
|
anony-mous replied at 20-6-2024 04:47 PM
Ank fauzi nawawee ke?
anony-mous replied at 20-6-2024 04:48 PM
Ok dah komen baru baca artikel smpai hbis, betul ank poji-lis
supernaturalee replied at 21-6-2024 11:08 AM
cer buat badan sikit dek
extra 10lbs lagi
ADVERTISEMENT