Kota Bharu: “Saya spontan memberhentikan kenderaan untuk membantu, tetapi tak sangka pula dua mangsa kemalangan yang bergelimpangan atas jalan itu rakan setugas sendiri,” kata Koperal Nik Hazan Nik Wok, 40. Dua anggota tentera yang juga rakan setugas Nik Hazan, Lans Koperal Firdaus Abd Rani, 23, dan Prebet Mohd Nor Hamidi Ismail, 23, terbunuh selepas kereta Honda Accord yang mereka naiki merempuh sebuah treler yang diparkir di tepi Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kampung Chica, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Firdaus dari Machang, dekat sini dan Mohd Nor dari Sungai Petani, Kedah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Seorang lagi penumpang kereta itu, Lans Koperal Abdul Halim Husin, 24, dari Kodiang, Kedah cedera parah dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Keadaannya dilaporkan masih kritikal manakala pemandu kereta, Lans Koperal Ferdaus Che Fadzi, 29, dari Alor Setar, Kedah, pula hanya cedera ringan.
|
cina bawak motor memang bahaya weyh
seakan blur biler membawak motor
dahler slow..tgh jalan lak tu
tak caya tengok ler cina2 kat penang tu bawak motor..hazzab!
ADVERTISEMENT