CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi

19-6-2024 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10009| Komen: 19

Description: JAKARTA: Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah.

JAKARTA: Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah.

Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam, mengesahkan kematian berkenaan membabitkan pelbagai faktor, termasuk strok haba.

"Walaupun strok haba adalah antara faktor penyumbang, ia tidak secara langsung menyebabkan sebarang kematian, setakat ini," katanya kepada CNN Indonesia.com, semalam.

Bagaimanapun, Nasrullah memaklumkan, jumlah jemaah Indonesia meninggal dunia pada musim haji kali ini menurun dengan ketara berbanding 212 kematian pada tahun sebelumnya.

Tahun ini, Indonesia menghantar sejumlah 241,000 jemaah haji membabitkan 213,320 jemaah biasa dan 27,680 jemaah khas.

Menurut CNN Indonesia.com, musim haji tahun ini diiringi cuaca panas melampau di Arab Saudi dengan suhu mencecah antara 45 hingga 48 darjah Celsius.


Pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan kesihatan, termasuk menasihati jemaah supaya menggunakan payung untuk berteduh, kekal terhidrat dan berehat secara berkala bagi mengelak daripada keletihan ketika menjalankan ibadah.

Antara usaha mengurangkan kesan cuaca panas melampau ialah memasang penyembur air penyejuk udara di pelbagai lokasi sepanjang laluan ibadah haji. 

Sumber – BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ytee 19-6-2024 10:07 AM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un
Quote Ytee 19-6-2024 10:07 AM
perasan gak ramai yg meninggal dunia kali ni..
Quote Burong_Hantuk 19-6-2024 10:12 AM
Al fatihah & salam takziah
Quote chandrahusin 19-6-2024 11:06 AM
Innalillahi wainnaillahirojiun
Quote hashashes 19-6-2024 12:11 PM
Byk nya kuota indo dpt smp 200k lebih. Kita 30k lebih je tak silap kan
Quote Tiggybiru 19-6-2024 12:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote damsel_fiji 19-6-2024 01:20 PM
salam takziah...kesian nya..mmg cuaca panasbetul kat sana skrg
Quote rock_stars_roll 19-6-2024 01:35 PM
hashashes replied at 19-6-2024 12:11 PM
Byk nya kuota indo dpt smp 200k lebih. Kita 30k lebih je tak silap kan

Kuota bergantung kepada penduduk Islam sesebuah negara itu (0.1%)
Quote kasibiman 19-6-2024 01:48 PM
Innaliillahiwainnailaihirojioun
Quote Purpkehag 19-6-2024 03:41 PM
Beruntungnya mati di tempat suci..
Quote edayildiz 19-6-2024 04:13 PM
Innalillahi wainnaillahirojiun

untung la..itu yg org nak kan..
i teringat kt lec i..dia mcm mak angkt i mcmtu masa asasi..
dia p umrah..meninggal.sana..
tiber teringat..baik sgt orgnya
sehari sblm dia nk p umrah..lama weols borak..

i remaja lg time..tp i tak tahu i nk nngis sgt masa hari last ngn dia..dia ckp spttnya dia awl lg nk p umrah..mcm dua bln sblm..tp kali ni berjaya..rupanya nk meninggal kt sana..
tpjg pulak
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 04:33 PM
Rezeki mereka meninggal di Tanah suci dan semasa menunaikan haji.
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 04:35 PM
hashashes replied at 19-6-2024 12:11 PM
Byk nya kuota indo dpt smp 200k lebih. Kita 30k lebih je tak silap kan

dorang dpt kuota yg byk tp sygnya dorg byk buat pelik2 kat mekah tu. sampai berjualan.. kalau ditarik kuota dorg tu bg kat Malaysia kan alangkah baiknya..
Quote NyiRoroKidul 19-6-2024 05:05 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote haifawehbe 20-6-2024 05:08 AM
Tengok dekat FB ramai kena stroke haba sampai keluar darah dekat hidung & mulut termasuk jemaah kita..
Quote cempakaa 20-6-2024 01:30 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Rezeki meninggal di tanah suci. Waktu beribadah lagi tu.
Quote sharlenetexas 20-6-2024 01:31 PM
Kuota deyols ratus ribu gak kan?


Quote afie_m 20-6-2024 02:46 PM
Innalillahi wainnaillahirojiun
Quote cicak_kobeng 21-6-2024 11:49 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.104086 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top