CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan meninggal dunia akibat panas melampau pada musim haji 2024

19-6-2024 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11276| Komen: 23


RIYADH: Sekurang-kurangnya 550 jemaah meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji pada tahun ini di Makkah akibat panas terik yang menyebabkan bahang suhu melampau, menurut laporan akhbar dan Kementerian Luar Arab Saudi.

Beberapa diplomat memberitahu AFP bahawa 323 jemaah terbabit adalah warga Mesir, yang kebanyakannya menderita akibat penyakit berkaitan haba, lapor AFP, yang memetik dua diplomat Arab.

TV kerajaan Arab Saudi berkata, suhu meningkat pada hari Isnin setinggi 51.8 darjah Celsius di Masjidil Haram di Makkah.

Kajian 2024 oleh Journal of Travel and Medicine mendapati bahawa peningkatan suhu global mungkin mengatasi strategi untuk menangani haba.

Kajian 2019 oleh Geophysical Research Letters mengatakan apabila suhu meningkat di Arab Saudi yang gersang akibat perubahan iklim, jemaah haji berkemungkinan menghadapi 'bahaya kepanasan yang melampau'.



Sementara itu, seramai 144 jemaah Indonesia dilaporkan meninggal dunia diikuti 35 jemaah Tunisia, Iran (11 jemaah), Jordan (enam jemaah) dan Senegal (tiga jemaah).

Seorang pegawai kesihatan Arab Saudi berkata, sebelum banyak laporan kematian dikeluarkan oleh agensi berita setiap negara, pihak berkuasa tidak menyedari sebarang kematian luar biasa dalam kalangan jemaah haji di tengah-tengah suhu yang sangat tinggi.

Kebanyakan kematian itu disebabkan oleh cuaca panas melampau, kata ahli keluarga di media sosial, ketika keluarga lain terus mencari saudara yang hilang di hospital Arab Saudi.

Sejumlah 24 rakyat Iran dimasukkan ke hospital semasa menunaikan haji, lapor berita Iran IRINN pada hari Selasa tanpa menyatakan puncanya.

Kementerian itu berkata, setakat ini ia sudah merawat lebih 2,700 jemaah haji yang menghidap pelbagai penyakit berkaitan kepanasan.


"Haji adalah tugas yang sukar. Jadi, anda perlu berusaha dan melakukan ibadah walaupun dalam keadaan panas dan sesak," menurut seorang jemaah Mesir kepada Reuters.

Jemaah haji menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada matahari, ketika pihak berkuasa Arab Saudi memberi amaran supaya mereka kekal terhidrasi dan mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu paling panas antara 11 pagi dan 3 petang (waktu tempatan).

Lebih 1.8 juta jemaah menunaikan haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am Arab Saudi untuk Statistik. - REUTERS

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 19-6-2024 12:42 PM
dugaan buat tetamu Allah.

moga peroleh Haji yg mabrur.
Quote Supersirap 19-6-2024 12:49 PM
bulalof replied at 19-6-2024 04:42 AM
dugaan buat tetamu Allah.

moga peroleh Haji yg mabrur.

Ameen
Quote Tiggybiru 19-6-2024 12:58 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote kakikuDibibirmu 19-6-2024 01:00 PM
Panas lagi Haji Marlboro
Quote ninja boy 19-6-2024 01:01 PM
tahun 2030 haji bulan 5 suhu 43 darjah
Quote mimiQo 19-6-2024 05:16 PM
semoga dipermudahkan urusan kepada semua tetamu Allah..iolls harini bukak FB, ramai jugak hilang di Mina...asik2 lalu berita jemaah hilang..td je dh 4 org..
Quote stania83 19-6-2024 05:54 PM
kalau dah cuaca mudarat macam tu masih wajib ke?
Quote krustykrab 19-6-2024 06:02 PM
ninja boy replied at 19-6-2024 01:01 PM
tahun 2030 haji bulan 5 suhu 43 darjah

Kalau tk silap kiraan iols musim haji tahun 2030 di awal bulan 4 dh.
Awal bulan 4 maybe suhu dh normal kot sb bulan 2 kan musim sejuk dah.
Quote krustykrab 19-6-2024 06:07 PM
stania83 replied at 19-6-2024 05:54 PM
kalau dah cuaca mudarat macam tu masih wajib ke?

Kalau ko tulis mcm ni kat tt,fb ke..mesti kluar dh ayat2 suruh ko bertaubat
Tp betul la, dgn suhu yg extreme ni iols pun tk rasa nk pi. Takut tk boleh fokus nl beribadah dgn sempurna sb kenal tubuh badan sendiri yg tk tahan panas. Kalau org lelaki takpe la, ada satu video tu depa tgh berihram pun terselak kain sampai peha.
Udah la yg pompuan ni kalau dok dlm khemah pun tk aman sb hat lelaki ni sukasuki masuk khemak pompuan nkcari bini.
Quote tompie 19-6-2024 06:09 PM
Alhamdulillah.. insyaAllah mati dalam Husnul Khotimah.. tengah beribadat..
Semoga kita semua dapat mati dalam husnul khotimah.. Aamiin
Quote ladybugz 19-6-2024 06:22 PM
i cdgkan beli kipas yg ada air tu atau payung yg ada boleh sembur air tu utk menunaikan haji. mmg sgt membantu.
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 06:42 PM
Tkda apa2 penambaikan atau solusi ke daripada kerajaan Arab? Ibadah mmg wajib ditunaikan tp klu sampai mengancam nyawa tu apa hukumnya? ye,mg dugaan dari Allah tapi Allah pun tk zalim sampai membahayakan nyawa hambanya.
Quote margo20 19-6-2024 10:36 PM
Mak aku pun tak tahan. Nasib baik dia dpt completekan jgk
Quote Kakteq 20-6-2024 12:07 AM
Moga Allah mudahkan semua urusan jemaah haji
Quote cempakaa 20-6-2024 12:33 AM
Moga dipermudahkan urusan mereka and moga ada rezeki kita
Quote johan-adx 20-6-2024 08:22 AM
stania83 replied at 19-6-2024 05:54 PM
kalau dah cuaca mudarat macam tu masih wajib ke?

haji bkn mcm umrah boleh pilih2 nk pegi time sejuk ke panas..klu thn tu kena time panas hadap jela..anggap sbg cabaran
akan dtg nti kena time waktu sejuk. pun akan ada jemaah yg meninggal jgk

Quote afie_m 20-6-2024 02:46 PM
Innalillahi wainnaillahirojiun
Quote notfound 20-6-2024 07:53 PM
Berapa suhu skrg di Mekah ye
Quote notfound 20-6-2024 07:54 PM
Mekah mmg panas tapi udara kering jadi takde bau masam badan sgt

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.085853 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top