CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat panggilan isteri meninggal selepas selesai tawaf

14-6-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5087| Komen: 18

Description: MEKAH – Pemergian isteri menghadap Illahi secara mengejut semasa menunaikan ibadah haji tidak akan dilupakan sampai bila-bila bagi Mohd Azmil Abdul Hamid.

MEKAH – Pemergian isteri menghadap Illahi secara mengejut semasa menunaikan ibadah haji tidak akan dilupakan sampai bila-bila bagi Mohd Azmil Abdul Hamid.

Bagi lelaki berusia 38 tahun ini, situasi bertambah sedih apabila menerima berita kematian Allahyarham Zuraida Haris 37, kurang seminggu sebelum wukuf di Padang Arafah, enam hari selepas koma.

Paling menyedihkan apabila berita kematiaan isterinya disampaikan semasa Mohd. Azmil berada di depan Kaabah sebaik selesai menunaikan tawaf sunat.

“Saya masih ingat ketika itu saya seorang diri menaiki teksi ke Masjidilharam dan melakukan tawaf sunat. Semasa tawaf itulah saya berdoa kepada Allah SWT memberikan kesembuhan.

“Namun begitu, selepas pusingan ke tujuh dan selesai tawaf saya terima panggilan telefon minta saya bersabar kerana isteri saya sudah meninggal dunia,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.


Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga 12 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 9 tahun.

Dalam pada itu menurut Mohd Azmil lagi, Allahyarham Zuraida mengalami deman teruk selang beberapa hari tiba di Tanah Suci.

Allahyarham selamat disemadikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah. 

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stroberi_80 15-6-2024 12:15 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote sharlenetexas 15-6-2024 12:35 AM
Salam takziah. Muda lagi.


Quote arareez 15-6-2024 08:29 AM
Sakit apa? Mers-cov ke
Quote Decaffeinated 15-6-2024 08:54 AM
Memang trend skrg ka edit gambar orang dah meninggal jadi b&w. Motif biar nampak lebih seram ka apa?
Quote imanjannah 15-6-2024 09:05 AM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote BawangCaramel 15-6-2024 10:12 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote asmurai 15-6-2024 10:18 AM
BawangCaramel replied at 15-6-2024 10:12 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun


Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah. Kematian husnul khatimah yang dicemburui.
Quote AbukRokok 15-6-2024 11:04 AM
Decaffeinated replied at 15-6-2024 08:54 AM
Memang trend skrg ka edit gambar orang dah meninggal jadi b&w. Motif biar nampak lebih seram ka apa? ...

konsepnya hari ini dalam sejarah

Quote slavehunter 16-6-2024 12:39 AM
Salam takziah.

Ramai nye melayu meninggal muda2, Gov pula nak import from China and Singapore to fill up population.
Quote lemonadenoi 16-6-2024 02:01 PM
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh....
آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون  

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Ya Allah, Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org yg beriman dan mulia di sisi Allah..Aamiin ya Allah

Salam Takziah
Quote mojarean_X 16-6-2024 02:32 PM
Decaffeinated replied at 15-6-2024 08:54 AM
Memang trend skrg ka edit gambar orang dah meninggal jadi b&w. Motif biar nampak lebih seram ka apa? ...

Uncle decaff. Ucaplah innalillah dulu sblm nk melahar tu pun
Quote makbudak 16-6-2024 03:12 PM
salam takhziah... Alfatihah untuk. Arwah
Quote jazaa100 16-6-2024 07:06 PM
Decaffeinated replied at 15-6-2024 08:54 AM
Memang trend skrg ka edit gambar orang dah meninggal jadi b&w. Motif biar nampak lebih seram ka apa? ...

Aku pun baru nk komen yg sama....
Tapi ok jugak kannn....tau dah yg b&w tu dah tak de...dah pindah alam....

Quote icebluerose 16-6-2024 07:41 PM
Semoga roh arwah ditempatkan bersama yang beriman.
Quote Decaffeinated 16-6-2024 11:53 PM
mojarean_X replied at 16-6-2024 02:32 PM
Uncle decaff. Ucaplah innalillah dulu sblm nk melahar tu pun

Tak tulis bukan makna tak ucap. Thread ni dah lebih 4k view tapi takde pulak 4k komen. Kalau sampai 10 pages innalillah pun siapa yang nak baca ya dok?
Anyway, it wasn't a laharan pun. Tanya je.

Quote Manjahati 17-6-2024 01:26 AM
Moga ditempatkan bersama org2 yg beriman
Quote missnina 17-6-2024 04:31 AM
Innalillahiwainnailairajiun
Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman
Pergi sebagai tetamu Allah, meninggal dunia di tempat suci
Quote Ytee 17-6-2024 06:47 AM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.049830 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top