CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Lama dah mummy mengidam” – Ibu Hamil Menangis Lepas Berjaya Beli Karipap Kambing Penjara Kajang

14-6-2024 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2051| Komen: 16

Description: Mengidam lazimnya sinonim dengan wanita hamil. Ia merujuk kepada keinginan untuk makan, merasai atau memiliki sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.

Mengidam lazimnya sinonim dengan wanita hamil. Ia merujuk kepada keinginan untuk makan, merasai atau memiliki sesuatu yang berbeza dari kebiasaan.

Bagi kebanyakan orang, ada yang menganggap permintaan ibu hamil yang mengidam ini perlu ditunaikan kerana ia didakwa sebenarnya merupakan keinginan bayi dalam kandungan.

Oleh sebab itu, rata-rata suami atau ibu mengandung itu sendiri akan berusaha untuk memenuhi permintaan tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ashfazieraa, wanita berkenaan berkongsi momen di mana dia berjaya mendapatkan karipap kambing Penjara Kajang setelah tiga hari datang ke lokasi itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah ibu hamil itu menangis ketika berjaya mendapat karipap kambing viral berkenaan.

Menceritakan kisah tersebut, dia dan suami telah datang ke Penjara Kajang pada 9 Jun bagi mendapatkan karipap yang popular itu.


“Lama dah mummy mengidam nak makan karipap kambing. Daddy (suami) kata dia balik baru kita pergi beli.

“Jadi hari ni mummy pergi Penjara Kajang untuk dapatkan karipap kambing tu,” tulisnya menerusi video itu.

Namun, kedatangannya pada hari pertama hampa kerana kedai menjual karipap yang dikenali sebagai Prismart itu telah tutup ketika dia sampai ke penjara pada jam empat petang.

Keesokan harinya, dia datang semula ke Penjara Kajang pada jam 12 tengah hari dengan harapan mahu membeli karipap berkenaan.

Malangnya, karipap kambing itu telah habis. Bahkan, karipap yang lain juga turut kehabisan stok.

Tidak mudah menyerah, wanita itu sekali lagi datang semula ke Penjara Kajang pada keesokan harinya bagi membeli karipap berkenaan.

Pada hari ketiga, dia dan ahli keluarganya datang seawal jam 8.50 pagi bagi mendapatkan karipap tersebut.

Namun, stok karipap berkenaan belum sampai. Sementara menunggu stok tersebut, dia dan ahli keluarganya sarapan di kafe penjara berkenaan.

Pada ketika itulah dia ditegur oleh seorang pegawai penjara yang bertanyakan tujuan kehadirannya ke situ.

Disangka datang untuk melawat, pegawai penjara itu berbesar hati menghulurkan bantuan kepadanya dengan memperkenalkan individu yang boleh membantu ibu hamil itu mendapatkan stok karipap berkenaan.

“SM tu bawa mummy jumpa seorang sarjan yang boleh tolong dapatkan karipap tu. Sarjan tu pun kata, kalau mummy tak jumpa dia, mungkin mummy tak dapat karipap kambing ni sebab order terlalu tinggi.

“Kena beratur ikut giliran,” tulisnya menerusi video tersebut.

Kerana bantuan pegawai tersebut, dia berjaya mendapatkan karipap kambing yang diidamkannya.

Malah menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu menangis ketika mendapat plastik berisi karipap kambing.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih melalui video tersebut dengan kepada pegawai penjara atas bantuan yang diberikan.

“Alhamdulillah rezeki anak mummy dapat juga merasa karipap kambing. Sedap sangat. Bukan nak ambil hati mana-mana pihak tapi memang sedap.

“Untuk pengetahuan semua, karipap ini tak jual dekat luar, hanya boleh dapat dalam Penjara Kajang sahaja,” jelas wanita itu.

Video yang telah mendapat hampir 500 ribu tontonan itu nyata menarik pengguna aplikasi berkenaan.


Rata-rata pengguna yang terdiri daripada wanita hamil atau pernah mempunyai pengalaman sedemikian sedih melihat wanita itu ketika dia menangis apabila menerima karipap berkenaan.

Ini kerana mereka memahami perasaan ibu mengandung yang mengidam mahukan sesuatu.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman dan rasa yang sama berhadapan dengan situasi sedemikian sepanjang tempoh kehamilan.

Berikut antara komen pengguna TikTok:



Sumber : Buzzkini.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 14-6-2024 09:04 PM
Lagu b/ground cm siyal.
Quote fattymah 14-6-2024 10:44 PM
Muroh duh kepap dia.. iols beli jiran jual RM 18 hinggit.. minggu lepas beli kepap frozen ikea
Quote divalaura 15-6-2024 04:13 AM
alhamdulillah akhirnya dapat jugak ye kak..
semoga dipermudahkan urusan bersalin
Quote swimswim 15-6-2024 08:59 AM
Meols pun terkeluar air mata sikit sbb faham craving dia mcm mana. Dulu masa pregnant, termengidam nak makan lutut lembu.
Mana nak cari org jual lutut lembu ni oii.. Last2 cuba ubat sendiri cravings dgn mkn sup kaki ayam..
Quote chimotmomot 15-6-2024 09:08 AM
tak mungkin wujud idam mengidam utk orang yg mempunyai alahan dari awal mengandung sampai bersalin

dpt teguk air masak pun bersyukur sgt dah
Quote icebluerose 15-6-2024 06:09 PM
Kalau sedap sangat karipap tu jual kat luar mesti laku
Quote tahanie 16-6-2024 12:37 PM
Memang sedap. Siap ada set dengan bun n kari kambing
Quote lemonadenoi 16-6-2024 02:07 PM
chimotmomot: tak mungkin wujud idam mengida ...


Hahahaha betul....
Tu pun air masak yang diteguk,boleh keluar balik hahahhaa
Quote dyllabubble 16-6-2024 03:27 PM
Laris betul karipap ni ye , sapa penah rasa ? Mmg sedap ke ?
Quote hashashes 16-6-2024 03:41 PM
Sebenarnya bukan baby dalam perut tu yang teringin pun jangan pitenoh iols dia ckp
Quote dedek12 16-6-2024 08:52 PM
Sedap ka
Quote KakRumiMenari 16-6-2024 10:37 PM
swimswim replied at 15-6-2024 08:59 AM
Meols pun terkeluar air mata sikit sbb faham craving dia mcm mana. Dulu masa pregnant, termengidam n ...

Lutut lembu tu buat masak apa sis.. sup2 ke?
Quote swimswim 17-6-2024 06:08 AM
KakRumiMenari replied at 16-6-2024 10:37 PM
Lutut lembu tu buat masak apa sis.. sup2 ke?

Takde specific pun cravings tu nak masak camna. Tp lebih kepada nak sink in my teeth dkt lutut lembu haha
Quote Ytee 17-6-2024 06:57 AM
mesti sedap karipap tu
Quote KakRumiMenari 17-6-2024 02:07 PM
Ni i ambil dari posting tahun 2020.. tak pasti harga sama ke tak..
Quote Kakteq 18-6-2024 01:51 AM
Sedap sgt ke guyss karipap ni. Mohon review jujurrr

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056358 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top