Oleh Izzah Abbasy
Mempunyai kawan baik perempuan adalah merupakan sesuatu yang paling berharga bagi setiap wanita. Daripada berkawan, bergaduh, bermusuh, bermanja, berteman, menjadi gila-gila, merajuk dan sebagainya pasti akan dikenang sehingga akhir usia. Kadang-kadang kita tak sedar, kawan yang sering mencemuh kita, selalu berkata-kata kasar, pemarah adalah kawan yang akhirnya menjadi teman paling baik atau menjadi 'Girl Bestfriend Forever' (GBFF). Betul tak? 'Girl Bestfriend' terjadi apabila masing-masing boleh berkongsi suka duka, susah senang bersama, tiada menyimpan rahsia, makan dan minum kalau boleh nak secawan sepinggan. Tidur pula nak sebantal dan sekatil. Tapi, ia setakat kawan baik, bukanlah seperti pasangan sejenis yang dilarang. Jangan salah anggap tau! Yang penting, kalau pergi ke mana-mana pasti bersama. Seperti belangkas lagaknya! Pernah tak GBFF anda memujuk anda jika berselisih faham? Macam-macam cara dia buat, stalk Facebook, WhatsApp, Instagram dan lain-lain. Semata-mata nak tahu apa perkembangan anda. Bagaimana cara pujukan itu? Seperti pasangan kekasih tak? Jika cubaan memujuk seperti di bawah ini, kiranya anda dengan 'Girl Bestfriend Forever' adalah sangat rapat dan sukar dipisahkan. - CARI Infonet Nampak seakan biasa, namun jika anda amati, jaranglah kawan perempuan kita yang lain akan memujuk cara se 'sweet' begini. Kalau bengang sangat, pasti ada yang keluarkan perkataan "pergi mamposlah nak merajuk ke apa, tak kuasa aku nak melayan!" Betul tak? Anda rasa???
|
26
Bagus |
37
Marah |
26
Terkejut |
15
Sedih |
23
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
adikfatin: Aku merajuk dengan kawan aku jugak. Ada la terasa hati dengan dia sebab ayat dia. Kdg geram dia pgsg xmemujuk dan dgn selambanya berterusan cakap mcm  ...
ADVERTISEMENT