PW Community mendakwa pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah seleweng kutipan derma untuk kepentingan peribadi menerusi Facebook. Berat dakwaan ni! Biar betul?
Menyedari akan perkara itu, Aisyah Hijanah akhirnya tampil menafikan dakwaan yang dibuat pihak PW Community menerusi satu perkongsian di Instagram.
Aisyah dilihat perjelaskan 3 fitnah atau tuduhan yang dibuat iaitu pernikahan suami dijadikan content untuk meraih simpati, bekas pekerja diberhentikan akibat mempersoalkan isu audit syarikat dan menggunakan duit kutipan derma sebagai kepentingan peribadi
Selain perjelas panjang lebar, pempengaruh itu juga siap menunjukkan bukti yang menguatkan lagi bahawa dakwaan yang dibuat semuanya adalah fitnah belaka.
Bukan tu jer, Aisyah juga akan bawa perkara ini ke mahkamah selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji nanti.
Kredit: Instagram Aisyah Hijanah/OhMedia
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|