CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Engan bersalaman buat kali terakhir, Aliff Aziz cerai Bella Astillah dengan talak satu

13-6-2024 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14166| Komen: 109

Rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah sekali lagi menemui jalan perpisahan selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Hakim Syarie Wan Mohd Najib merekodkan perpisahan pasangan ini selepas penyanyi kelahiran Singapura itu melafazkan talak pada jam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah menjalani tempoh idah selama tiga kali suci selain mendaftarkan perceraian.

Bella sebelum ini memfailkan cerai ekspres daripada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan 'mawaddah' (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 11 Mac lalu.

Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.

Pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan mahkamah Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses JKP.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Terdahulu pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Sumber : Harian MetroAliff cerai Bella dengan talak satu

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 13-6-2024 02:33 PM
Yg first komen ke? Yes! Tahniah..eh takziah..eh mana2 lah..
Quote jihyomelly 13-6-2024 02:35 PM
elok la kluar dari perkahwinan toksik…lps ni teruskan hidup demi anak2..biar la kemut jaga bg keta rumah suma kat ex somi ko tu..
Quote Madel 13-6-2024 02:37 PM
Aliff sila la bungkos kain baju berambs balik sporek sana, jgn lupa angkut mak kesayangan sekali.
Hidup kat msia pun menyusahkan orang.
Stay kat sporek sana leh mabuk2 sambil  tayang bebird tengah jalan
Quote Wek_omeh2 13-6-2024 02:38 PM
Bella xtuntut apa2 pon kan
Quote sukacactus 13-6-2024 02:38 PM
Gigih aku baca artikel copy paste 2x tp tak jumpa pun part tak nak salam tu
Semoga tak lupa nafkah dan ank2
Quote I.K.A888990 13-6-2024 02:38 PM
Edited by I.K.A888990 at 13-6-2024 02:39 PM

siap berbodygad ala2 pelakon top dunia...
apa2 pun Alhamdulillah bagus bella
anak2 pun dpt kat bella..

kes khalwat dia pe cerita...semoga "berbahagia" si notelo dgn skandal2nya yg berjota2 tu
Quote sukanyanyi 13-6-2024 02:41 PM
cepat la korang semua komen.. hari bersejarah ni.. lepas ni kita semua boleh beraya korban dgn aman.. lama sgt dah tunggu closure ni
Quote wadiunong 13-6-2024 02:44 PM
terbaca karangan Bella kt Cempedak Cheese td pasal penceraian dia.  karangan sheols kepada Ruhainies & overall salahkan kemut punca diaorang cerai. Tak adil rasanya point kat kemut sorang.
Quote AWEKSAMURAI 13-6-2024 02:50 PM
Alhamdulillah akhirnya ..hope xdelah rujuk2 balik nnti .Kesian netizen letih bergaduh sesama sndiri. Selamat menduda dan menjanda
Quote AWEKSAMURAI 13-6-2024 02:51 PM
Madel replied at 13-6-2024 02:37 PM
Aliff sila la bungkos kain baju berambs balik sporek sana, jgn lupa angkut mak kesayangan sekali.
Hi ...

Doa yg baik2 lah weh ..aku rasa aliff dh matang utk buat benda tu skrg pun mmg dia stay Singapore kan? Sbb aritu tgok dia nyanyi kat event Singapore.
Quote cm_vungtau 13-6-2024 02:51 PM
Mana pulak bukti taknak salam?
Quote sharlenetexas 13-6-2024 02:51 PM
Alhamdulillah.

Quote AWEKSAMURAI 13-6-2024 02:52 PM
wadiunong replied at 13-6-2024 02:44 PM
terbaca karangan Bella kt Cempedak Cheese td pasal penceraian dia.  karangan sheols kepada Ruhainies ...

Sampai bila pun dia akan salah kan Ruhaines dia mana ada pernah salah .. Narcissistic jgak Bella tu
Quote sukanyanyi 13-6-2024 02:52 PM
Edited by sukanyanyi at 13-6-2024 02:54 PM
wadiunong replied at 13-6-2024 02:44 PM
terbaca karangan Bella kt Cempedak Cheese td pasal penceraian dia.  karangan sheols kepada Ruhainies ...

yeke dia salahkan runes sorang? mesti la tak adil.. ni semua kerja terkumpul.. runes tu cuma icing on the cake.. semua skandal dari dulu hingga kini semua menyumbang kpd result hari ni (yes, even retis bak patung yg aku minat tu)

paling penting of cos la empunya bebird yg salah
Quote sharlenetexas 13-6-2024 02:53 PM
Madel replied at 13-6-2024 02:37 PM
Aliff sila la bungkos kain baju berambs balik sporek sana, jgn lupa angkut mak kesayangan sekali.
Hi ...

Bila polis sg smackdown nangis2 panggil makbapak.

Quote Acik2kepam 13-6-2024 02:55 PM
wadiunong replied at 13-6-2024 02:44 PM
terbaca karangan Bella kt Cempedak Cheese td pasal penceraian dia.  karangan sheols kepada Ruhainies ...

Bkn ke gara2 kawan dia tu kena tangkap basah ngn laki dia la dia pi failkan cerai

Kalau tak sampai tangkap basah rasanya masih laki bini dorang tu
Kawan dia juga mastermind isu dedah aib, alip asik merujuk kat minah tu je apa patut buat? Nak beli keta ke idak.
Nih kang mesti ws tanya ok tak intv i tadi haa
Quote jiwakacau06 13-6-2024 03:01 PM
wadiunong replied at 13-6-2024 02:44 PM
terbaca karangan Bella kt Cempedak Cheese td pasal penceraian dia.  karangan sheols kepada Ruhainies ...

btl ke karangan tu drpda nabelah...
xda post dkt ig dia pn
Quote akies 13-6-2024 03:01 PM
Putus sudah kasih sayang.
masing2 boleh move on dan cari kebahagian masing2.
Ruhainies dah boleh standby jaga alip
Quote SalenaGomez 13-6-2024 03:05 PM
sukacactus replied at 13-6-2024 02:38 PM
Gigih aku baca artikel copy paste 2x tp tak jumpa pun part tak nak salam tu
Semoga tak lupa naf ...

Mmg xde pon dlm artikel. Kena scammed ni

Lihat semua komen(109)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.045656 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top