Seorang wanita dilihat meninggikan suara ke arah pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana disyaki gagal membayar tunggakan sewa rumah. Menerus video tular, wanita itu memaklumkan suaminya jatuh sakit menyebabkan dia tak ada duit untuk membayar sewa. Wanita itu juga dilihat mengamuk mempersoalkan tindakan pegawai menerjah rumahnya. Katanya, pegawai berkenaan sengaja membuat ‘semak’ di rumahnya dan cuba menjatuhkan bangsa sendiri. Pegawai menjelaskan bahawa kedatangan mereka untuk membantu penyewa melunaskan bayaran dengan cara ansuran. "Dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan."
Kata pegawai lagi, sewa untuk kediaman itu hanyalah RM124 sebulan dan ianya tak sepatutnya terlalu membebankan. Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang bersimpati dan ada juga yang tertumpu kepada dekorasi rumah yang dikatakan mewah. Kredit: TikTok @malaysiakantoi/OhMedia |
farhani87 replied at 13-6-2024 02:19 PM
Adoi.. Memalukan jer. Dah tahu diri susah merendahkan diri lah sikit. Cakap elok2 kat org. Ni Org nk ...
ADVERTISEMENT