CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Paip Jumpa Tulang Dipercayai Kepala Babi Dalam Tangki Air, Dakwa Angkara Perbuatan Khianat

12-6-2024 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3131| Komen: 6


Antara punca air di sebuah rumah boleh menjadi keruh atau kotor adalah disebabkan tangki air yang kebiasaannya berada di atas bumbung tidak dibersihkan.

Lebih menggelikan jika ada bangkai haiwan seperti tikus, kucing atau burung yang mati di dalam tangki dibiarkan sehingga air berbau busuk.

Perkara ini boleh terjadi sekiranya tangki air terbabit tidak mempunyai penutup atau tidak ditutup dengan rapat.

Bagaimanapun, lain pula dengan kisah satu ini apabila tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga tukang paip terjumpa tulang haiwan di dalam tangki air rumah pelanggannya.

Tukang paip terbabit mendakwa bahawa tulang haiwan yang ditemui olehnya itu merupakan tengkorak babi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @aldiansah623, lelaki terbabit percaya perkara itu berlaku angkara perbuatan khianat atau hasrat dengki seseorang terhadap pemilik rumah terbabit.


Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada tangki simpanan air di salah sebuah rumah di Taman Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan.

“Assalamualaikum, tangki air rumah orang kena bagi kepala babi, tengok ini dekat atap. Tak kesiankan orang lain, ada sifat dengki macam itu,” katanya.

Lebih mengejutkan, tukang paip itu turut mendakwa bahawa rumah berkenaan dihuni oleh orang beragama Islam.

“Ingat tak dosa ke, dosa kalau buat orang macam ini. Tangki air ini buat ambil wuduk, mandi, berus gigi dan macam-macam lagi,” katanya lagi.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.

Ada segelintir orang yang mendakwa bahawa perbuatan tersebut berkemungkinan angkara ilmu hitam, namun ada juga yang berpendapat tulang tersebut dibawa oleh haiwan lain.

Ramai yang turut tertanya-tanya adakah air itu tidak berbau sekiranya bangkai kepala babi itu terlalu lama di dalam tangki berkenaan sehingga menjadi tulang.





Tidak kurang juga yang menasihatkan orang ramai agar sentiasa memeriksa dan menutup tangki air bagi mengelakkan kejadian sebegitu berlaku.

Sumber : TikTok/Buzzkini.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 12-6-2024 04:03 PM
kenapa jahat sgt ni (if btl perbuatan khianat)
Quote Zazama 12-6-2024 11:11 PM
Kepada siapa yg buat kerja keji ni, iols doakan semoga dia mendapatlah sesuai dgn kejahatan yg dia buat. Amin..
Quote haifawehbe 14-6-2024 07:05 AM
Org yg main sihir dan sihir itu menjadi automatic jatuh murtad.. Ada ulama ckp mati esok x boleh tanam di tanah perkuburan islam.. betapa besarnya dosa sihir ni..
Quote duri_durians 14-6-2024 08:00 AM
lelaki terbabit percaya perkara itu berlaku angkara perbuatan khianat atau hasrat dengki seseorang terhadap pemilik rumah terbabit.


hasrat dengki
Quote naina 14-6-2024 08:12 AM
Takkanlah tak bertutup. Confirm manusia yang buat. Dajjal sungguh. Setiap air keluar yang penghuni tu guna maka mengalir lah dosa2 si pelaku ibarat air..musibat sampai anak cucu ko akan nampak ketulahan ko.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.317092 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top