Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun, bagaimana cara menghadapinya yang membuat perbezaan besar dalam kebahagiaan dan keharmonian sesebuah perkahwinan. Penyanyi terkenal, Syamel, yang juga suami kepada Ernie Zakri, telah menunjukkan contoh yang baik dalam menguruskan kemarahan, dengan mencontohi cara Rasulullah SAW. Ernie Zakri, atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkongsi mengenai sikap suaminya yang menggunakan pendekatan lembut dalam menghadapi perselisihan. Dalam satu temu bual podcast, Ernie menceritakan bagaimana Syamel selalu mengingatkannya tentang teladan Rasulullah SAW dan isteri baginda, Aisyah RA.
“Kalau ada perselisihan faham, saya akan wajib merajuk dulu. Jika tak merajuk, saya tak puas. Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya ialah tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan sebegitu dalam hubungan,” kata Ernie. Ernie juga mengakui bahawa Syamel sering kali memilih untuk beralah dalam setiap pertengkaran mereka, melihatnya sebagai satu bentuk kemenangan. Bagi Syamel, mengalah tidak bermaksud kalah, sebaliknya, ia adalah cara untuk mengembalikan hubungan yang harmoni dan memperoleh keberkatan dalam rumah tangga. “Saya adalah orang yang kalau marah, memang marah betul tetapi pada akhirnya, memang suami saya yang akan beralah. Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan. “Dia beralah dan kata dia dapat balik hubungan serta keberkatan dalam rumah tangga. Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah dan perkara itu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam, tak mengapa, semua ini boleh selesai,” ujar Ernie. Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Soleha, yang kini berusia tiga tahun. Keharmonian dalam rumah tangga mereka adalah hasil daripada usaha bersama untuk memahami dan menghormati satu sama lain, serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW. Sumber : Murai.my |
sukacactus replied at 12-6-2024 02:05 PM
Laki aku apa2 pun akn say sorry dl, even selalunya dia xtau pun apa salahnya
Pada aku la, communic ...
NuansaBiru replied at 12-6-2024 06:36 PM
Bertuah lah dpt laki ringan mulut nak say sorry nih walau tatau salah apa
1.Ni tak, jenis ta ...
jebatmaspunyer replied at 12-6-2024 10:42 AM
Jarang2 lah org lelaki boleh control ego dia. Semoga perkahwinan dorang diberkati Allah s.w.t.
NuansaBiru replied at 12-6-2024 07:11 PM
Dlm drama2 tontonan acik2 pada waktu maghrib, watak hero hensem wajib ego, moody, dingin dan sewak ...
NuansaBiru replied at 12-6-2024 07:11 PM
Dlm drama2 tontonan acik2 pada waktu maghrib, watak hero hensem wajib ego, moody, dingin dan sewak ...
ADVERTISEMENT