JAKARTA: Skuad Indonesia mencipta sejarah apabila mara kali pertama ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Filipina 2-0 di Jakarta. Gol-gol pasukan Garuda itu dijaringkan Thom Haye dan Rizky Ridho. Dengan ini, Indonesia akan menyertai Iraq dari Kumpulan F. Sementara itu, China turut mara ke pusingan ketiga walaupun tewas 0-1 di tangan Korea Selatan. Pemain Paris Saint-Germain Lee Kang-in menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan yang sudah pun mara lebih awal ke pusingan akhir sebagai juara kumpulan. Kekalahan itu tidak menjejaskan peluang China selepas Thailand hanya menang 3-1 ke atas Singapura di Bangkok.
Sumber : Buletin TV3 |
ADVERTISEMENT