CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Dah cium bihun tapi tidak berbau’ - Bapa

11-6-2024 10:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7773| Komen: 63

Description: GOMBAK – Bapa Allahyarham Luth Izhar Kamal yang maut akibat keracunan makanan sempat memeriksa bihun goreng dan telur yang dibawa pulang isterinya daripada sebuah program sekolah agama di daerah ini. ...

GOMBAK – Bapa Allahyarham Luth Izhar Kamal yang maut akibat keracunan makanan sempat memeriksa bihun goreng dan telur yang dibawa pulang isterinya daripada sebuah program sekolah agama di daerah ini.

Kamal Baihan, 53, berkata, anak bongsunya itu sendiri memintanya untuk memeriksa keadaan makanan tersebut pada hari kejadian.

“Saya mencium bihun tersebut, namun tiada bau tidak elok pada makanan itu.

“Semasa makan, Luth ada minta tambah telur kerana kakaknya tidak makan telur,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Luth Izhar, 17, dan seorang kanak-kanak berusia satu tahun tujuh bulan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan.

Mengulas lanjut, Kamal berkata, dia sempat bergurau dengan arwah anaknya namun tidak menyangka ia merupakan kenangan terakhir bersama Luth Izhar.

Jelasnya, dia sekeluarga tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung kejadian yang menimpa arwah Luth Izhar.

“Jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan, terpulang kepada pihak terbabit.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah Luth Izhar kerana kematian tidak akan terlewat atau awal dari apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa,” ujarnya sebak.

Sementara itu, sepupu mangsa, Iskhandar Zazumi, 30, berkata, arwah Luth Izhar merupakan remaja yang berbudi pekerti meskipun disifatkan sebagai seorang yang pendiam.

“Kali terakhir saya bertemu arwah Luth pada malam majlis tahlil nenek kami di Bukit Beruntung, Selangor pada bulan lepas. Tiada sikap ganjil yang ditunjukkan oleh arwah,” katanya.

Jenazah Luth Izhar disolatkan di Surau Al Mukmin, Mutiara Gombak sebelum dikebumikan sekitar pukul 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, di sini tadi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 11-6-2024 10:14 PM
takziah buat keluarga
Quote Suchi 11-6-2024 10:19 PM
Sorang tu jela kan ank lelaki? Takziah buat keluarga, dengarnya ramai juga yg cirit birit.
Apa perasaan org yg masak tu? Bygkan ada 2 orang mati gara2 makan masakan ko.
Quote ctaz 11-6-2024 10:25 PM
telur tu kot...dah lepas tarikh luput.....
Quote zuuu 12-6-2024 05:50 AM
Kat thread lain katanya dylrg suami isteri ngan anak lelaki ni makan telur mata,anak2 pompuan makan bihun xlama lepas tu suami isteri ngan anak laki sakit perut bagai,keracunan makanan,jadi mungkin telur la problem
Quote kuzaime 12-6-2024 07:22 AM
rasa meremang pulak nak masak telo lepas ni biasanya telo dlm keadaan elok lebih2 lagi kalau buat telo mata, yg kuningnya masih elok aje lagi bulat belum cair. Udahlah sblm ni aku pernah masak telo yg kuningnya dh cair mujurlah x keracunan ke apa
Quote shernazz 12-6-2024 07:45 AM
Salmonella lettew kan
Quote shernazz 12-6-2024 07:45 AM
Habis la catering mana yang buat ni..
Quote nw111 12-6-2024 07:46 AM
Edited by nw111 at 12-6-2024 07:48 AM

Anak i kuat mkn telur...mmg kena check la expiry date telur ni betul2 lepas ni and make sure basuh bersih2 telur before guna.. kadang2 telur tu penuh taik ayam..masa goreng depa x basuh dulu...masa pecahkan telur tu..taik ayam masuk sekali..
Quote pokokmeranti 12-6-2024 07:46 AM
tiba2 teringat kes kematian disebabkan laksa kebok. peniaga tak salah pun tapi laksa dah 'rosak' tapi tiada tanda bau busuk. puncanya dah beli bungkus lama sangat baru nak makan. I rasa mungkin sama juga kes yg ini. sepatutnya makan waktu pagi tapi masing2 bawa balik hgga makanan dan rosak.
Quote jazaa100 12-6-2024 08:07 AM
Edited by jazaa100 at 12-6-2024 08:08 AM
nw111 replied at 12-6-2024 07:46 AM
Anak i kuat mkn telur...mmg kena check la expiry date telur ni betul2 lepas ni and make sure basuh b ...


Klu org meniaga nk masak byk²...jarang lah nk basuh telor....kita yg basuh 10bijik..10bijik pun amik masa nk siap....I biasa buat, amik 10biji, basuh sesiap....habis yg 10 tu, basuh yg lain....amik 10bijjk lagi

Pernah jumpa kedai buat rori canai....masukkn telor berpapan² dlm bakul kita letak baju kotor tu kan, penuh satu bakul....pastu dia simbah air je....
Pd I baik tak yah buat mcm tu sbb telor yg x de taik ayam pun jd kena jugak......
Quote BoongaKertas 12-6-2024 08:10 AM
now iols fhm reason kenapa ada chef yg meols kenal tu, kalau amek catering dia, mmg dia lg rela buang mknn tu dari bg org tapau. sbb dia kata mmg dia takut kes mcm ni lah sbnrnye. hmm..salam takziah, anak lelaki sorang jer plak tu.
Quote bulan_gerhana 12-6-2024 08:24 AM
Edited by bulan_gerhana at 12-6-2024 08:26 AM

iols sejak si sulung xde kat rumah.. jarang beli telur sepapan... beli 10 biji je tiap kali.. beli plak kat kedai runcit yg ramai org.. soo telur akan sellau fresh.. husband iols bising kalau dpt telur sejuk... means kalau pecahkan kuning dia dah x intact.. or dia melekat kat kulit.. sbb dia pernah meniaga telur.. dia tau jangka hayat telur yg fresh.. iols pulak yg stress sbb dok asyik kene beli telur kat kedai depan je.. kalau kat lotus ke ecpnsave ke... nasib2 la...

back tu this case.. allahuuu iols x bole bayang 1 rumah sakit perut.. mak pak pegi klinik.. balik2 tgk anak dah x bernyawa.. trauma makan telur 1 family cam ni... tu kadang nak sedekah makanan x bercuit lagi pun susah hati.. takut condition not so good... kadang dlm mee hun ade taugeh yg buat cepat basi... tapi kalau dah cenggini.. mmg punca telur la... yg goreng telur tak basuh telur dan tangan.. main terus pecah telur dlm kuali and goreng.. yuks wey.... masa meniaga telur dulu.. dlm sepapan tu kadang bertepek2 taik ayam melekat lagi.. nak simpan telur yg dah bercuci pun x leh lama... pantang telur .. memang x bole kene air.. even kotak dia basah kene air hujan sikit pun x bole.. kene bagi kering betul2.. ia buat telur lebih cepat rosak..  ni sume kes nak senang kerja tanpa fikir kebersihan... org kita ni jenis.... take for granted.. ' ALA... SIKIT JE' yg sikit tu la jadi punca...
Quote manehnya 12-6-2024 08:54 AM
terus seram tgk telur mata hr ni...
Quote talapia 12-6-2024 11:42 AM
aku tak rasa telur expired masalah dia.. telur kalau expired.. kau pecahkan pon melekat kat kulit kuningnya hancur.. buat telur mata memang tak senonoh la rupa. tapi mungkin pengendalian telur tu sendiri.. mungkin tak basuh bersih.. dari sarang telur terus pecah dalam kuali..

Nak kata bihun basi.. budak dah 17 tahun kot.. tau sangat kalau makanan tu elok ke tidak.. arwah siap makan 3 biji lagi.. mintak bahagian kakak dia.. tu pasal arwah paling teruk kot sbb dia makan paling banyak.

Terkilan la sbb mak pak siap ke klinik.. balik2 anak  dah meninggal. Kadang budak remaja.. lagi2 lelaki pendiam.. sakit pening dia diamkan aje.. duduk diam2 dalam bilik. Tu parents dia tak tau anaknya dah teruk.. duduk klinik setengah hari tunggu giliran bagai.. balik anak dah takde. Terkilannya la..

aku dok terbayang anak lelaki umur camnii... memang kurang berkongsi sakit pening.. kalau disuruh makan ubat pon.. dijawab ok je.. dah bukan level kita suapkan ubat. Tau2 melayan sakit sorang2 dalam bilik. Allahu.. kesiannya anak ni..
Quote Kurex 12-6-2024 12:02 PM
nasib baik telo jantan takde expired
Quote Arwina 12-6-2024 12:23 PM
kalau telur mata yg yolk tu cair...
elakkan lah makan yg terhidang dah lepas 2 jam - 4 jam.

Bakteria dlm makanan tak pernah mati...
sampai certain condition, bakteria tu boleh hidup balik.
akan incubate Salmonella
Quote misc 12-6-2024 12:34 PM
Edited by misc at 12-6-2024 12:41 PM

Kesian adik ni. Rasanya telur tu tak basuh bersih. Peniaga makanan please la prepare makanan mcm nak makan sendiri. Jgn bagi alasan tak cukup masa nak basuh telur. Kalau basuh telur pun tak mampu tak payah berniaga langsung.
Quote Prickford 12-6-2024 12:44 PM
kuzaime replied at 11-6-2024 11:22 PM
rasa meremang pulak nak masak telo lepas ni biasanya telo dlm keadaan elok lebih2 lag ...

Iolls penah keracunan makan telor. After 2 hours makan camtu, tiba2 perut sakit sampai ke dada. Terberak2 la bnyk kali. Terus minta family bwk pegi clinic. 3 hari jugak la sakit tu nak hilang. Iolls minum air suam bnyk2 & makan bubur je. Mmg trauma nak makan telor lepas tu. Skang ni ok dah, mau makan telor
Quote immi 12-6-2024 01:47 PM
kuzaime replied at 12-6-2024 07:22 AM
rasa meremang pulak nak masak telo lepas ni biasanya telo dlm keadaan elok lebih2 lag ...

Tu la kan. Dah la iols suka ngat mkn telo huhuhu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050758 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top