CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas

11-6-2024 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4171| Komen: 6

Description: PETALING JAYA – Seorang wanita dan kanak kanak cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Sandakan, Sabah, semalam.


PETALING JAYA – Seorang wanita dan kanak kanak cedera apabila dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Sandakan, Sabah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, sebuah kereta jenis Perodua Bezza tidak sempat mengelak lalu melanggar kedua-dua mangsa.

Pemangku ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K. Ramasamy berkata, kejadian berlaku di Jalan Leila, Bandar Ramai-Ramai.

Bagaimanapun, jelasnya, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.

“Menerusi rakaman kamera papan pemuka kereta, kedua-dua mangsa dilihat secara tiba-tiba melintas jalan sebelum dilanggar.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta terbabit kemudian membawa mangsa ke hospital Sandakan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan, wanita dan kanak kanak itu hanya mengalami sedikit kecederaan ringan dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.


Terdahulu, tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berlari melintas jalan sambil dikejar seorang wanita sebelum dilanggar.

Loading FB Post...

Video berdurasi seminit itu turut menujukkan kedua-dua mangsa tercampak selepas dilanggar pada bahagian hadapan kereta tersebut.

Sumber :  KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 12-6-2024 08:11 AM
geramnya iols tgk makpak mcm ni. anak tu maybe buas, u as parents lah should take preventive steps. yih!
Quote Kurex 12-6-2024 12:04 PM
tapi dekat bangsar ni, walaupun kawasan perumahan, tetap bawak laju ye. lagi2 kawasan sekolah.. dan leluhur parashit c yg suka bawak laju.. tak menyabar dan tak menyempat leluhur ni.. ni iols cerita kawasan iols tau
Quote I.K.A888990 12-6-2024 12:12 PM
Ya Allah terpelanting si anak tu
syukur kedua2 cedera ringan
mmg menonong je la si anak tak dipegang pulak tu..
apa la dipikir si maknya
aku phm je kereta laju mcm hanat TAPI yg kau tak pegang anak tu tak kira la ada kereta ke tak apahal
Quote Babai 12-6-2024 12:20 PM
BoongaKertas replied at 12-6-2024 08:11 AM
geramnya iols tgk makpak mcm ni. anak tu maybe buas, u as parents lah should take preventive steps.  ...

Makpak pandai buat anak saje.
Quote afie_m 13-6-2024 10:01 AM
nasib kecederaan kecil ja, harap ibu bapa ambil sikap hati2 bila melbatkan anak2 ni
Quote BoongaKertas 14-6-2024 08:15 AM
Babai replied at 12-6-2024 04:20 AM
Makpak pandai buat anak saje.

sad but true. ramai skrg mmg reti buat jer, jaga tak reti

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.040189 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top