Pelakon Rita Rudaini berkongsi ciri-ciri menantu pilihan jika anak lelakinya ingin mendirikan rumah tangga kelak. Ujar Rita, dia tidak suka wanita yang terlalu menonjolkan diri dan berkongsi di media sosial. "Mommy yang penting tak suka perempuan yang ada Instagram sebab mommy tak suka perempuan yang macam dia terlampau (berkongsi). Boleh ada media sosial tapi tak boleh macam budak-budak sekarang, joget-joget." "Ada orang ada media sosial tapi tunjuk pemandangan, dia tak tunjuk muka dia, dia tunjuk apa yang dipakai tapi tak tunjuk muka. Yang itu mommy restu." Jelas Rita, dia sedikit memilih kerana risaukan tanggungjawab yang bakal dipikul anak lelakinya setelah bergelar suami nanti. "Sebab anak saya lelaki tanggungjawab dia berat saya tak nak dia jadi seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bukan senang nak jaga." "Pandai arah saja jangan pakai itu ini, jangan keluar tanpa saya. Sebelum tidur minta kebenaran bagi tahu nak tidur. Geram je. Yang perempuan pun ikut lah sebab cinta." Sekadar info, Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan dan bercerai. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. SUMBER : TikTok/Beautifulnara
|
ADVERTISEMENT