Baru nak reda isu ‘sondol menyondol’ timbul pula cerita panas membabitkan selebriti kita lagi…
Seorang pelakon wanita popular didakwa sedang hangat bercinta dengan lelaki berstatus suami orang! Difahamkan, mereka bijak menyembunyikan hubungan cinta tersebut daripada dihidu oleh orang ramai terutamanya peminat dan wartawan hiburan. Suami orang yang telah menambat hati pelakon jelita tersebut dikatakan berdarah kacukan dan berwajah tampan. Tidak dapat dipastikan sudah berapa lama percintaan itu terjalin dan jika isteri pertama lelaki berkenaan tahu tentang hubungan sulit suaminya bersama aktres popular. Isu curang dan ‘sondol menyondol’ ini boleh dikatakan antara topik paling hangat di negara kita memandangkan masyarakat mula menggunakan media sosial untuk mendedahkan tentang kecurangan pasangan masing-masing. Namun awal tahun ini, isu curang dan ‘penyondol’ menjadi semakin hangat dan heboh satu Malaysia selepas aktres Ruhainies dan aktor Aliff Aziz ditangkap khalwat malah didakwa menjalinkan hubungan cinta sejak menjalani penggambaran bersama. Siapa agaknya aktres yang bercinta dengan suami orang ni eh… SUMBER : Gempak/Beautifulnara
|
manamana123 replied at 11-6-2024 10:22 PM
Artis bnyk konntroversi ke mcm mana ??
FrostQueen replied at 11-6-2024 10:23 PM
Tp bila pikir2 balik, yg muda tu baru jer celebrate anniversary. Nampak mcm still steady. But both a ...
ADVERTISEMENT