CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sekarang kamu dah jadi PM, harga minyak tak turun sebaliknya naik pada kadar tertinggi dalam sejarah” – Isham

11-6-2024 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4081| Komen: 37

Description: KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak memutar belit fakta sekali gus memperbodohkan rakyat, kata Isham Jalil.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak memutar belit fakta sekali gus memperbodohkan rakyat, kata Isham Jalil.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, sebaliknya meminta Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu memeriksa fakta terlebih dahulu.

“Anwar, Rafizi, saya sarankan sebelum kamu buat ucapan untuk pusing-pusing, kamu periksa fakta dulu betul-betul. Jangan memperbodohkan rakyat seperti kamu memperbodohkan pengikut-pengikut kamu.

“Jika kita selalu kencing sana sini, lama-lama terkencing dalam seluar sendiri,” bidas Isham dalam kenyataan di Facebooknya pada Selasa.

Isham berkata demikian merujuk kenyataan Perdana Menteri.

“Tadi Anwar kata tidak realistik untuk rakyat guna video yang dia kata menang hari ini esok minyak turun dalam ucapannya pada tahun 2008.

“Masalahnya Anwar, ucapan yang kamu kata menang hari ini minyak turun itu bukan pada tahun 2008 sahaja, kamu ulang-ulang sehinggalah pada dua tahun lepas sebelum PRU-15 pada tahun 2022.

“Dalam konvensyen PKR pada bulan Julai 2022 kamu kata lagi menang hari ini esok minyak turun dan kamu kata sebab minyak tak turun sebelum ini ialah kerana kamu tak jadi PM.

“Sekarang kamu dah jadi PM, kamu bukan turunkan minyak, sebaliknya kamu naikkan minyak pada kadar tertinggi dalam sejarah.

“Kamu kata kononnya dulu harga minyak dunia rendah oleh itu tanggungan subsidi rendah dan masa itu boleh turunkan minyak tapi sekarang tak boleh. Penasihat kamu yang mana beri kamu nasihat ini? soal Isham.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa itu (Julai 2022) harga minyak mentah dunia bukan lebih rendah tetapi lebih tinggi iaitu pada paras USD95 setong berbanding hari ini iaitu USD77 setong.

“Maksudnya semasa kamu buat ucapan itu, tanggungan subsidi kerajaan adalah lebih tinggi berbanding sekarang tetapi kerajaan ketika itu boleh kekalkan harga diesel pada RM2.00-RM2.50 seliter.

“Rafizi pula kata, pada tahun 2008 semasa dia tuntut harga minyak turun kononnya harga minyak mentah dunia adalah rendah oleh itu tanggungan subsidi ketika itu adalah kecil berbanding sekarang, dan dia juga kata pada ketika itu kononnya masuk akal untuk turunkan harga minyak berbanding sekarang. Ini tidak betul.

“Pada tahun 2008 sebelum PRU-12, harga minyak mentah dunia melepasi paras USD100 setong, dan dalam beberapa bulan ia berada di paras antara tertinggi dalam sejarah iaitu sehingga USD125 setong.

“Saya masih ingat keadaan ini di mana saya telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi untuk menangani masalah ini dan menurunkan semula harga minyak petrol di pam yang dinaikkan sebelum itu.

“Walaupun harga minyak mentah dunia tertinggi dalam sejarah pada ketika itu, kerajaan tidak naikkan harga diesel di pam tertinggi dalam sejarah macam yang kamu buat sekarang ini di mana harga minyak mentah dunia adalah jauh lebih rendah berbanding tahun 2008 semasa kamu buat janji itu,” hurai Isham.

Sumber : Suara TV


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-6-2024 09:51 PM
Tunggu apa anwart jawab pulak...
Quote ctaz 11-6-2024 10:20 PM
SAYA ULAMMMMMMM!!!!!!!!!!!....jawap PMX
Quote kemaruk 11-6-2024 10:22 PM
Kacap terlabik

Benda dibuat terbalik dari yang dijanji

Bekas menteri kewangan terbalik asia la katakaaannn
Quote shida81 11-6-2024 10:39 PM
Org x de la marah Sgt klu dulu dia x berjanji...mn org2 yg Berguling2 ritu ms zaman najib.. Skang da retired ke.. X nk guling2 lagi
Quote putericahaya999 11-6-2024 10:43 PM
Mana pembangkang lain...x berkutik
Quote mawarika 11-6-2024 11:32 PM
Apa yg dia Cuba lakukan? Betul2 terbalik .. dia tahu mmg rakyat akan turunkan dia pru Akan dtg. Tu Yang… sambung sendiri.
Quote gigahertz 12-6-2024 12:08 AM
Edited by gigahertz at 11-6-2024 04:09 PM
noor2 replied at 11-6-2024 01:51 PM
Tunggu apa anwart jawab pulak...

Quote cmf_Strawberry 12-6-2024 12:26 AM
Memang senang nak berasangka buruk. Mcmla PMX tu bodoh sgt nak buat tindakan yg tak popular kan. Why not tabayyun sikit.

https://www.facebook.com/share/p/VxQyUmG4dX8zXgtt/?mibextid=oFDknk
Quote mojarean_X 12-6-2024 12:27 AM
Bila lulusan harvard ekonomi bersuara vs lulusan sastera melayu um bersuara
Quote kemaruk 12-6-2024 12:41 PM
cmf_Strawberry replied at 12-6-2024 12:26 AM
Memang senang nak berasangka buruk. Mcmla PMX tu bodoh sgt nak buat tindakan yg tak popular kan. Why ...

jadi selama ni apa yang najib buat adalah benar

https://scontent.fkul6-1.fna.fbc ... 98Q&oe=666F0430



Quote ultra78 12-6-2024 12:50 PM
Pengajarannya adalah jangan guna modal subsidi untuk tarik pengundi. Sepatutnya semua parti politik berpendirian sama.
Quote tompie 12-6-2024 12:53 PM
cmf_Strawberry replied at 12-6-2024 12:26 AM
Memang senang nak berasangka buruk. Mcmla PMX tu bodoh sgt nak buat tindakan yg tak popular kan. Why ...

Apa yang dishare kan tu??
Bukan taknak tabayyun (whatever that means) cuma masa zaman PMX jadik pembangkang takde tabayyun tabayyun ni.. tibai ada..
Dulu janji dengan mengelakkan ketirisan, buat open tender, dan mcm2 lagi la.. boleh save banyak duit kerajaan, boleh bagi subsidi dll..
Sekarang dah ada kuasa kenapa ta, buat? Kenapa shift the burden pada rakyat?? makin menindas kalau tanye aku..
Kalau taknak turunkan harga pun takyah lah nak naikkan..
Dulu GST yang baik, boleh pulak dimansuhkan, sebab dah janji... yang betul2 untuk kebaikan rakyat tak pulak..

Cakaplah apa pun,keluarlah formula apa pun... kita semua akan merasa kesan dari kenaikan diesel ini.. tak percaya kita tunggu....
terima kasih PMX, soon to be XPM
Quote Samerosie 12-6-2024 02:37 PM
“Sekarang kamu dah jadi PM, harga minyak tak turun sebaliknya naik pada kadar tertinggi dalam sejarah” – Isham
---
Memang la bengong sebab tak de subsidi dah rega diesel tu.  Zaman idola kamu tu pun with subsidi pun tertinggi juga.  Tu le jadi bola tanggung PH zaman tu.  Buat lupa pula ke.
Quote plywood 12-6-2024 02:49 PM
cmf_Strawberry replied at 12-6-2024 12:26 AM
Memang senang nak berasangka buruk. Mcmla PMX tu bodoh sgt nak buat tindakan yg tak popular kan. Why ...


DIESEL OH DIESEL!!!
Katak oh katak, kenapa engkau panggil hujan! Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku! Ular oh ular.....Bangap OH Bangap (sorry..... Bangau OH Bangau)

Begitulah cerita nya si katak, ular dan bangau!! Samalah juga dengan riuh rendah subsidi diesel. Iaitu salahkan ORANG LAIN. Yang paling best, salahkan semua dekat PMX!!!

Data yang saya paparkan (sinopsis nya sahaja):

1. Consumption diesel 10 tahun trend, ketimbang jumlah vehicle diesel di negara (ini termasuk truk, bus dll).
  - Kenapa dari tahun 2019 ke 2023 mencanak naik sampai 10 billion liter dari 6 billion liter!! Terutama nya trend bermula semenjak dari waktu PN memerintah (2021-2022).
  - Walhal jumlah kenderaan diesel naik biasa saja dari tahun ke tahun.
- Apa dah jadi? Ada yang teguk diesel buat minuman ke??

2. Diesel Consumption/vehicle/year (approx) dengan average harga Diesel di pump/year
   - Line UNGU tu patut mendatar (flat line),  kenapa pulak 2023 mencanak naik!!! Dari 5,500L/year --> 6,500L/year (18L/day --> 21L/day)
   - OH..OH.. waktu PMX ketirisan tinggi pulak!!! Waktu 2019 dan 2020 faham laa, sebab Covid, banyak yang tak jalan. Apa PMX patut buat?? Diam diri? Kalau tak stop, jadi bersekongkol, kalau stop, masalah. Jadilah Katak OH Katak, Bangau OH Bangau.

3. Jumlah RM/kenderaan vs Harga Diesel.
    - Patut nya line OREN dan BIRU seia-sekata. (2014 ke 2018).
    - Kenapa pulak 2019/2020 waktu Covid harga diesel mencanak naik! Sedangkan spending/kenderaan menurun (kerana Covid). Yang ni kena blame market lah..sebab waktu tu semua harga O&G naik!!
   - Soalan nya kenapa pulak kenapa 2023 melonjak naik!!! Salah PMX ke??

4. Kira-kira kasar
  - Logik ke tidak secara purata (beware of the averages), setiap kenderaan (peribadi) belanja RM1200/bulan untuk beli diesel???(Iaitu RM14,000 setahun!!!) (Nota: Beware of the averages!!!!) Orang kaya saja yang boleh buat begitu!!! Bukan B40.
  - Sebab itu untuk B40 etc, RM200/bulan dah cukup. Math nya: RM583/bulan (166L/bulan), dapat subsidi RM200/bulan (iaitu 30% dari harga pasaran, apprx, due to price fluctuations).
  - Dalam kata lain, dapat percuma 60L/bulan daripada 166L/bulan consumption. Kalau tak guna banyak sangat, savings is even more. The glass is actually half full, not half empty!!!
  - Kiraan untuk public transport, truk, nelayan - itu semua kiraan yang patut dibuat separate accounting. Separate it from public subsidy to allow clear accountability by the parties concerned. Barulah dapat kita track kat mana bocor sebenar nya. Otherwise, all the maths are just haywire and cannot fit any economic logics. Why? Because of mismanagement/leakages/or what have ya!!!(Disini saya lampirkan charta Malaysia vs Thai vs Indon; Line BIRU - Malaysia - clear ANOMALY)
  - Ketakutan kenaikan harga barang dan kos hidup dari pengapungan Diesel - adalah hanya satu kekaburan. Yang ini, kerajaan kena pandai manage public perception. Yang ni kalau nak blame kerajaan, saya boleh setuju. Iaitu poor management of explanations!


Akhir kalam - data semua boleh dapat. Boleh kaji. Cuma kalau dah ada naratif dalam kepala nak blame orang lain..sama saja seperti "Bangap OH Bangap...."
N
ota: Data saya perolehi dari Open Source. Bukan dari database kerajaan pun. Hanya perlu buat sikit research. Plotting agak terburu-buru. So maaflah kalau tak cantik.


Lupa nak tambah: Soalan: "Berapa PERATUS Diesel Vehicle/Total Vehicle di Malaysia???" Hanya 6.22% SAHAJA!!! (1.65mil/26mil). Thailand: 8%, Indonesia: above 10%.



Quote plywood 12-6-2024 02:53 PM
Serangan pembangkang spt ini baru bagus.

Beri tekanan kepada kerajaan dengan penerangan yang menggunakan isu rakyat, ada fakta dan ada isu. Sepatutnya, ini biasa sahaja dalam dunia politik. Check and balance
Quote kemaruk 12-6-2024 03:15 PM
dari FB IJ:

Pengarah Kanan Ekonomi Anwar kata subsidi diesel setahun adalah RM15 billion dan separuh daripadanya iaitu RM7-8 billion lesap kepada penyeludupan. Dan kononnya sebab itu kerajaan naikkan harga diesel kepada RM3.35 seliter.

Saya ingin tanya Anwar mana dia dapat angka-angka ini? Kalau RM8 billion subsidi diesel lesap sebab penyeludupan di sempadan, ini bermakna 7-8 billion liter diesel diseludup keluar setiap tahun, atau 600 juta liter sebulan, atau 20 juta liter sehari diseludup keluar melalui sempadan Thailand atau di laut. Angka-angka ini tidak masuk akal.

Contoh: Satu lori besar atau treller biasa (bukan tanker minyak) ada kapasiti tangki gunaan minyak dalam 500-600 liter. Kalau penyeludup seludup 20 juta liter sehari seperti di atas maksudnya 40,000 lori besar dan treller-treller seludup minyak keluar dari sempadan kita setiap hari. Ada sesiapa nampak 40,000 lori-lori dan treller-treller ini masuk keluar sempadan Thailand setiap hari? Kalau ada 40,000 lori masuk keluar Thailand dari Malaysia setiap hari, tentulah jalan masuk keluar sempadan itu akan sesak setiap hari lebih dari di Tol Gombak dua kali setahun pada musim raya. Kalau di laut pun, ada tak sesiapa nampak 40,000 bot bawa lari diesel ke Thailand setiap hari? Jika mereka guna IBC tank 1,000 liter, maka ada 20,000 lori curi keluar diesel setiap hari di sempadan.

Jika mereka guna lori tanker bawa minyak yang ada tangki angkutan 20,000 liter sekali pun, maka 1,000 lori tanker ini beratur seludup keluar diesel setiap hari di sempadan. Dan jika mereka guna kenderaan lebih kecil seperti trak ulat dengan tangki 100 liter, maka 200,000 trak-trak ini masuk keluar sempadan curi diesel setiap hari. Jika mereka guna kapal tanker dengan tangki berjuta liter, ini adalah suatu operasi penyeludupan yang besar untuk kerajaan tutup mata, mesti ada sesuatu yang tak kena.

Dan andaikan jika benar perkara ini berlaku sekali pun, takkanlah kamu tidak nampak atau pihak berkuasa boleh tengok sahaja 40,000 lori seludup keluar diesel setiap hari di sempadan? Jika pihak berkuasa buat begini, ada sesuatu yang amat pelik dengan penguatkuasaan sempadan. Kalau ketirisan RM1-2 billion pun, itu sudah 10,000 lori besar atau 50,000 trak ulat seludup keluar masuk sempadan Thailand atau Singapura setiap hari, ia masih tidak masuk akal.

Hakikatnya angka-angka berdasarkan hujah dan alasan mereka tersebut adalah tidak logik malah mengarut dan merepek.

Dulu mereka kata ada 40,000 pengundi hantu Bangladesh “diseludup” untuk mengundi. Kali ini mereka kata ada 40,000 lori hantu seludup diesel di sempadan setiap hari.
Jika ada masalah penyeludupan, selesaikan dengan penguatkuasaan dan tekan dan tangkaplah penyeludup. Bukannya naikkan harga diesel secara mendadak sehingga RM3.35 seliter dan tekan rakyat secara keseluruhan dengan kenaikan harga.

Menteri kata kerajaan jamin barang tidak akan naik harga. Saya ingin tanya dia macamana dia boleh gerenti barang tidak naik harga? Jika barang naik harga adakah dia akan bayar balik kepada kita kenaikan ini?
Quote cantthinkofany 12-6-2024 03:15 PM
that the wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy........let's put all the facts out.....walaupun harga minyak tak kan direversekan.....
Quote kemaruk 12-6-2024 03:21 PM
cantthinkofany replied at 12-6-2024 03:15 PM
that the wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy........let's put all the facts out.....walaupun harga minyak tak ...

lss:

Tahun 2009 - 2014:
- Tempoh PH tiap-tiap hari suruh Najib turunkan harga RON95/Diesel ketika harga minyak dunia sangat tinggi antara US$90 hingga US$120

Tahun 2023-2024:
- Tempoh Kerajaan Madani mahu naikkan harga diesel dan RON95 sebab harga minyak mentah dunia “terlalu tinggi” pada harga US$80 dan sangat membebankan kerajaan






[fbp]https://web.facebook.com/photo?fbid=434206332865929&set=a.107611938858705[/fbp]


Quote johan-adx 12-6-2024 03:31 PM
tompie replied at 12-6-2024 12:53 PM
Apa yang dishare kan tu??
Bukan taknak tabayyun (whatever that means) cuma masa zaman PMX jadik p ...

tapi kan..tapi..ada 1 la beza dlu dan skrg tentang kenaikan dan subsidi ni
dlu2 gaji tak mau kaji utk kenaikan..srh kaji kenaikan gaji permulaan pun slow
tp nak tarik subsidi. sekurangnya skrg penjawat awam dan tentu2 akan dpt durian runtuh hjg thn
yg swasta pun dh kena seru suruh byr lbh kpd pekerja.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052735 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top