Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin mengakui pernah takut untuk bersemuka dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra digelar Datuk K sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Asyraf Khalid. Menerusi sebuah podcast, Tya berkata perasaan itu lebih kepada segan dan hormat terhadap Datuk K. Katanya, bapa mentuanya itu mempunyai satu aura luar biasa yang membuatkan orang lain berasa segan. "Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan. "Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law."
|
orkid_amani replied at 11-6-2024 05:20 PM
Awai school holiday tuhari aii ada jumpak tya& kids ni kat waterpark Langkawi..tapi tak tegoq pun..a ...
Imkhai replied at 11-6-2024 08:39 PM
Retis ke dia?,rsnya org pon xkenal dia siapa
ADVERTISEMENT