CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Boleh Kerja Bila-Bila Masa Saya Nak..” – Ada Yang Pertikai Keputusan Berehat Dari Berlakon, Intan Najuwa Bidas Para Lelaki ‘Bitter’

10-6-2024 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6526| Komen: 43


Aktres Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan respon sesetengah pihak tentang keputusannya untuk berehat dari berlakon bagi mengalihkan tumpuan pada suaminya, ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman.

Kata Intan, dia memberitahu orang ramai tidak perlu risau dengan tindakannya untuk berehat memandangkan dia mempunyai hasil pendapatan sendiri.

"Di sini saya nak jelaskan, saya ada karier, aset, bisnes dan kewangan sendiri. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk berehat sebentar dari berlakon dan duduk di rumah, saya rasa ianya bukan menjadi masalah korang."

Tambah aktres ini, niatnya ingin meluangkan masa dengan suaminya di sampaing ia juga merupakan permintaan dari pasangannya itu.

"Jadi biarlah saya enjoy alam perkahwinan ini, dan itu juga adalah permintaan daripada suami. Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suami, kan?"
 


"Saya juga boleh bekerja bila-bila masa yang saya nak. Tenang lah korang, ini baru tahun pertama saya berkahwin, biarlah saya luangkan masa dengan suami."


Bukan itu sahaja, pelakon drama Jesnita itu turut membidas netizen terutamanya lelaki yang menganggap para wanita hanya bergantung pada duit suami.

"Jangan risau, kami wanita tak perlu duit lelaki. Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri walaupun di rumah, kami masih boleh sediakan semuanya sendiri."
 

"Tak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat."

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 10-6-2024 06:02 PM
Tertinggal bas. Kat mana dia cakap nak rehat drpd berlakon? Lepas tu, kat mana pulak komen yg menggelabah kata dia harap duit laki tu?
Quote hokeypokey 10-6-2024 06:03 PM
bior ler dia.. duit laki dia bukan laki orang
Quote Tiggybiru 10-6-2024 06:12 PM
Sorry datin..mula2 iols mcm suka kat you tapi lama2 mcm naik meluat pulak
Quote CoffeeOverdose 10-6-2024 06:15 PM
dia mmg kena create org kata kat dia supaya org sentiasa igt dia ke? Jd datin biar classy sikit eh. Datin2 otai yg tgk gelak jer..tk perlu semua kena tunjuk. byk kes yg suka tunjuk ni akhirnya tersungkur. byk mata memerhati.. quite lifes doesn't mean u tk having a fab lifes.
Quote jihyomelly 10-6-2024 07:00 PM
ish si tintan nih takde sapa kisah ko keja ke dok rumah ke..duduk rumah tu somi nak suruh abis kan study la tu..lama dah tak pegang buku hadap exam kan…ke dah quit tak blajar dah?
Quote Ahgerbitch 10-6-2024 07:11 PM
Makin mengganas yaaaa tintan reply statement,,,dulu single chill2 jer ,,,skrang ni kena selalu ingatkn org yg dia kaya and ada title,,dasar jakun
Quote Hoola 10-6-2024 07:20 PM
amboi3x mnjwb pulak mak datin kitaaaa
cuba chil2

so today flex brand apa

-netijem
Quote menjad 10-6-2024 07:29 PM
Alahai awat bitter sangat ngan cakap2 orang. Bolayan sajalah. Tak susah pung.
Quote makcun14 10-6-2024 07:57 PM
masa sheols nikah i ada komen lepas tengok video sheols i komen eh menggediknya dapat orang kaya, takde rasa segan ke . lepas tu ada forumer tu tegur kata TinTan ni memang anak orka mana ada nak kagum sangat pun reta laki dia.
tengok sekarang kemain defensif bila orang cuit sikit ,Patut selayaknya diwhoareyus jach semua netizen sambil booking flight first class gi maldives ke,
switzerland ke. tade masa aih nak serang balas netizen low class hahaha
Quote fair_iza 10-6-2024 08:12 PM
Kalau aku ada peluang mcm tintan ni, aku pn nk cuti setahun tnpa gaji. Best wooo...
Korang expect jwpn mcm mn dr retis? Selama ni pn mmg sejenis show off kn.
Btw, laki anzalna mmg kayo ke? Sbb x berlakon langsung dh. Bisnes pn x nmpk dia promote. Kalau fauziah gous tu ada jg bisnes.
Quote irvene 10-6-2024 08:19 PM
semoga baik2 aja En. Wahid
Quote likilu 10-6-2024 08:25 PM
Ada tak setel lg dgn ex tunang kot, bukan nak kata kat netizen sgt tu

Like try hard nak show his current man ni best sgt eh
Quote bottombikini 10-6-2024 08:51 PM
buat ape korang layan
time ni mmg la tak heran nak job belakon
esok2 dia tau la...
Quote pakwetizzaqyah 10-6-2024 09:07 PM
sape pertikai?
Quote guesswho09 10-6-2024 09:22 PM
mesti jantan sengkek
yg persoalkan tuh
Quote azimodin 10-6-2024 09:46 PM
Semenjak jadi datin ni sentap je menjang eh.. iouls tengok anak VT si kerisik tu flaunting aman2 je. Komen2 bodoh pon dia xlayan.
Quote miss_white 10-6-2024 10:57 PM
makcun14 replied at 10-6-2024 12:57 PM
masa sheols nikah i ada komen lepas tengok video sheols i komen eh menggediknya dapat orang kaya, ta ...

Tah lah tak tahu mana satu betulIols baca dlm forum ni
kata yg kaya tu apak tiri dia
Iols Ingat2 gitteww je


Quote naina 11-6-2024 12:28 AM
azimodin replied at 10-6-2024 09:46 PM
Semenjak jadi datin ni sentap je menjang eh.. iouls tengok anak VT si kerisik tu flaunting aman2 je. ...

Mana xsentap dah duduk rumah Aje kejenya HP berjahit jelah kat tangan sambil scroll2 komen netizen lepastu bitter sendiri reply komen secara rempit. KLU dia busy xde masa nak balas pun. Lama2 dia Weng sendiri. Dia selesa dengan life sekarang bior dia merasa dulu sambil Flex.
Quote KamikuP 11-6-2024 11:58 AM
mEOLLS doakan ada artis atau wanita secantik Peah BArakbah sondol laki dia, opastu baru dia menceceh nak buat comebcak aa gitu hati hityam meolss berdoa

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.113332 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top