Umum mengetahui, keadaan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ sebelum ini terpaksa ditidurkan untuk menjalani prosedur biopsi. Terkini, ibu kepada Fatimah, iaitu Nor Ashila Mahamed berkongsi keadaan anak perempuannya itu menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa Fatimah kembali bertenaga untuk meneruskan pembelajaran di hospital pada Rabu. “Fatimah mula bersekolah di hospital sejak bulan Mac lalu. Tapi semenjak 21 Mei, kesihatan Fatimah mula merosot dan dia terlalu lemah untuk meneruskan pembelajaran. Walaupun setiap hari cikgu datang menjenguk, Fatimah terlalu lemah untuk belajar. Alhamdulillah berkat doa ramai, setelah lebih 2 minggu akhirnya semalam- 5 Jun, Fatimah kembali bertenaga untuk meneruskan pembelajarannya walaupun hanya dari katil hospital. Hari ini- 5 Jun, Fatimah minta cikgu melanjutkan masa belajar supaya dia boleh menyudahkan karangan Bahasa Inggersi yang dia tulis. Sampai cikgu pun turut gembira tengok Fatimah kembali bersemangat.”-kongsi ibu Fatimah
|
ADVERTISEMENT