Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsikan dia mengambil keputusan untuk memperlahan kerjaya seni atas permintaan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman. Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata dia tidak menerima tawaran berlakon tahun ini kerana suaminya mahu meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah. “Saya tidak akan membuat sebarang penggambaran tahun ini kerana suami meminta saya untuk berehat sekejap. “Suami sangat manjakan saya dan meminta berehat di rumah sahaja. Nampaknya macam dia suka saya duduk rumah,” katanya. Sementara itu, Intan berkata fokus utamanya kini kepada perniagaan dan rumah tangganya. Malah, Intan berkata rutin hariannya kini berubah selepas tidak lagi sibuk dengan penggambaran.
“Buat masa ini, saya menumpukan perhatian pada perniagaan dan perkahwinan saya. Saya bekerja tanpa henti ketika masih bujang, kini bersyukur akhirnya berpeluang untuk berehat serta menghargai setiap saat bersama suami dan keluarga. “Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif,” tulisnya. SUMBER: Kosmo/Rotikaya |
“Rutin harian saya kini hanya tidur, memasak, makan, melakukan Pilates, minum kopi dan membeli-belah. Hidup yang sangat produktif,” tulisnya.
kerani_je replied at 8-6-2024 02:43 PM
So ko abis tak belajar law dulu? Orang lain belajar 3, 4 tahun..Ko mcm x nmpk sgt belajar nye pun..N ...
kerani_je replied at 8-6-2024 02:43 PM
So ko abis tak belajar law dulu? Orang lain belajar 3, 4 tahun..Ko mcm x nmpk sgt belajar nye pun..N ...
cempakaa replied at 8-6-2024 04:22 PM
Hair products
ADVERTISEMENT