Penyanyi popular antarabangsa, Zayn Malik menjadi tular dalam kalangan netizen Malaysia gara-gara video TikTok ini. Dalam hantaran itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu berkongsi minuman yang diamalkan bagi tujuan menjaga kualiti suaranya supaya kekal baik. Namun, apa yang mencuri tumpuan netizen adalah penyanyi itu menunjukkan ubat batuk Cap Ibu & Anak yang sinonim dengan rakyat Malaysia bagi melegakan sakit tekak dan batuk. "Ini seperti madu dari China yang mana ia sangat bagus untuk (penjagaan) pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa. "Saya bawa ni ke mana saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air."
Malah, bekas suami kepada model terkenal antarabangsa Gigi Hadid itu turut menganggap ubat batuk tersebut sebagai ‘eliksir’ istimewa dan mempunyai rasa seperti madu. Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ia dipenuhi dengan komen netizen Malaysia yang terhibur dengan perkongsian penyanyi itu. Malah, ada juga yang mendakwa mengamalkan ubat batuk untuk tujuan yang sama seperti Zayn Malik. Sumber : Beautifulnara |
Mamidingdong replied at 10-6-2024 01:04 AM
Bila pulak dia kawin dgn gigi hadid?
seibei replied at 24-6-2024 10:04 PM
suka rasa dia. mmg ubat batuk ni dr china ke dr mesia?
btw, penuh gila tatuu zayn.. huduh
ADVERTISEMENT