CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Akibat Mulut Lancang & ‘Body Shaming’ Ketika ‘Live’ FB, Eira Aziera Akhirnya Bayar Ganti Rugi RM100K Kepada Suharnizan

7-6-2024 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6904| Komen: 24


Pempengaruh, Eira Aziera yang pernah tular gara-gara menghina bentuk fizikal atau ‘body shaming’ seorang individu ketika ‘live’ di Facebook, akhirnya membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah.

Menerusi TikTok, Eira berkongsi video permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa, Suharnizan Md Sidek kerana kata-kata yang pernah diucapkannya sebelum ini.

Kata Eira, hasil bekerja keras dia akhirnya berjaya mengumpul RM100,000 dan mendedahkan telah menyediakan cek untuk diserahkan kepada Suharnizan.


Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar dia mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku dan menjadi insan yang lebih baik.


Difahamkan, permohonan maaf itu diarahkan untuk dikekalkan pada semua platform media sosial Eira selama 6 bulan dari hari ia mula disiarkan.



Sekitar Ogos 2020, Eira telah melemparkan kata-kata ‘badan gemuk serupa bab*’ terhadap Suharnizan dalam siaran ‘live’. Pada 13 Oktober 2020, Suharnizan telah memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap pempengaruh itu di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal olehnya.

Pada Jun 2022, mahkamah mengarahkan Eira untuk membayar ganti rugi berjumlah RM100,000 serta kos guaman sebanyak RM30,000 kepada Suharnizan.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 7-6-2024 04:11 PM
Aku nyampah giler dgn minah mulut puaka ni...
Quote hokeypokey 7-6-2024 04:45 PM
tak kenalll nextttt
Quote zuriey 7-6-2024 07:36 PM
Skrng ok sikit lah mulut dia  
Kida kerip pula mcm haram jadah
Quote kerani_je 8-6-2024 12:03 AM
Sazreena replied at 7-6-2024 04:11 PM
Aku nyampah giler dgn minah mulut puaka ni...

Dia ni n kieda crepe mulut lebih kurang je..Sorang lagi mua bellaz..Tiga2 bingit bila bercakap..Klau live mcm nk berperang cara bercakap..
Quote ayukpingu 8-6-2024 11:42 AM
baru2 ni pon ada jugak dia ni kes dgn organizer event yg lain. gaduh pon dlm live.
perangai tak semegahh..dh jadi habit agaknya mulut puaka. ingat dh berubah, masih sama jer.
Quote Tunakimchi 8-6-2024 09:37 PM
Mulut cam haram. Mmg padanlah
Quote Sazreena 9-6-2024 01:31 PM
kerani_je replied at 8-6-2024 12:03 AM
Dia ni n kieda crepe mulut lebih kurang je..Sorang lagi mua bellaz..Tiga2 bingit bila bercakap..Kl ...

Ada sorang mua nama bella gak pun jenis bingit gak. Asal eh...mic tu elok je leh pick up sound..xyah nak bingit sangat.
Quote bottombikini 9-6-2024 10:09 PM
nampak fake sgt lah bedio tu
euww
Quote Meiizu 10-6-2024 12:02 AM
Pasaiii dia ni smua org ingat utagha tu kasaq....bahasa dia haisshh
Quote shy79 10-6-2024 08:39 AM
Meiizu replied at 10-6-2024 12:02 AM
Pasaiii dia ni smua org ingat utagha tu kasaq....bahasa dia haisshh

nk kata kasar tu xjgk tp bingit ya..
jenis dok hulu banat tu lagi la..
tp yg educated ok ja
ni pandangan iols yg dah dok utara ni 20 thn lebih
Quote Prickford 10-6-2024 09:20 AM
kerani_je replied at 7-6-2024 04:03 PM
Dia ni n kieda crepe mulut lebih kurang je..Sorang lagi mua bellaz..Tiga2 bingit bila bercakap..Kl ...

Now u know, budak2 kelas belakang kalau pegang duit banyak, macam tu la perangai. Money cant buy class.

Quote Prickford 10-6-2024 09:23 AM
Sazreena replied at 9-6-2024 05:31 AM
Ada sorang mua nama bella gak pun jenis bingit gak. Asal eh...mic tu elok je leh pick up sound..xy ...

Ni MUA yg idong mcm jambu air tu ke? Bella gak nama. Kulit gelap2. Mulut bingit nak mampos.

Quote KamikuP 10-6-2024 04:09 PM
Padan muka.. ckp lebih kurang mcm kieda krep mcm apa je..
Quote Sazreena 10-6-2024 05:08 PM
Prickford replied at 10-6-2024 09:23 AM
Ni MUA yg idong mcm jambu air tu ke? Bella gak nama. Kulit gelap2. Mulut bingit nak mampos.

Ya tephat sekalih! 10 markah utk anda!
Quote Riz_one 11-6-2024 12:40 PM
padan muka hg, baru ada akai...
Quote yondu 13-6-2024 01:40 PM
kenapa permohonan maaf dia macam fake gila. tak tahu mcm mana org blh layan live dia berejam2. i tak suka pmpn mulut camni, mesti kelas belakang masa sek dulu
Quote LemakPetai 15-6-2024 09:10 AM
Ramai suka ckp bingit2 jerit2. Diorang ni ingat org pekak kot
Quote Ytee 19-6-2024 03:32 PM
pedih telinga
Quote kakacantikkan 20-6-2024 01:01 AM
dia ni sedara aku..mmg bingit..n aku x suka dia

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.148007 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top