CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ – Kieda Crepe

6-6-2024 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4493| Komen: 18


Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe menepis dakwaan bahawa dia ingin meraih simpati daripada orang ramai susulan insiden rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa tiada sesiapa pun yang mengetahui tentang kejadian rompakan tersebut selama 40 hari lalu.


"Selama barang saya hilang 40 hari, saya tak minta simpati sesiapa pun. Staf saya tak tahu dan tak cerita dekat sesiapa pun."

"40 hari saya tak pergi ke kubur abah sebab saya tak nak dia sedih. Saya tak nak dia tahu yang saya sedang hadap ujian yang besar ini."

Dalam pada itu, Kieda menegaskan dia sama sekali tidak pernah menunjuk-nunjuk malah hanya memakai barangan kemas untuk kepuasan diri sendiri.

"Kalau awak semua kata saya menunjuk, saya tak menunjuk. Saya cuma pakai barang yang saya ada."

"Saya dengan dunia saya, saya tak ada rasa nak berlawan dengan orang. Orang akan kecam saya sebab saya lantang."

Kieda yang tak mampu menahan sebak berkata, dia memaklumkan tentang kejadian tersebut di media sosial dengan harapan agar kes rompakan itu dapat diselesaikan dengan segera.

"Saya cuma nakkan jawapan sahaja. Kalau saya nak viral dari hari pertama lagi saya viralkan."

"Selama saya berniaga, saya tak pernah berhutang dengan orang. Saya tak pernah lari dari membayar cukai dan zakat."

"Saya cuma nak minta tolong ‘repost’ video biar sampai ke pihak atasan."

Rentetan kejadian itu, kesihatan ibu kepada dua orang anak tersebut juga turut terkesan.

"Orang tanya kenapa saya kurus, saya tak makan sebab teringatkan barang-barang saya. "

"Dalam masa yang sama saya ada cyst, pcos (sindrom ovari polisistik)..ujian saya semuanya berat."

Terdahulu, Kieda mendedahkan tentang kejadian rumahnya yang dirompak setelah 40 hari mendiamkan diri.

Pelbagai barangan berharga telah dicuri antaranya barang kemas iaitu gelang, rantai dan cincin serta wang. Nilai kesemua barangan tersebut dianggarkan sebanyak RM800,000.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 6-6-2024 08:58 PM
Kenapa lah percaya orang dalam kubur tu akan sedih dengan masalah kita didunia ini. Bukan masalah dia di alam sana. Dia ni percaya benda karut2. Dia kata emas tu adalah semangat dia. Sekarang dah hilang sekelip mata. Tak tau apa fikir dan sembang dengan laki dia masa tengah belek2 emas dia yang rm800 ribu tu.
Semoga kau redha dengan segala kehilangan dan nikmat yang ditarik. Kurang2 ko masih duduk rumah selesa, makan pakai sedap dan duit lain.
Quote opie5662 6-6-2024 09:39 PM
Terpaling diuji.... Nyampah
Quote mehmet 6-6-2024 09:56 PM
Bila rumah masuk perampok tahu pula dengar nasihat Polis.
Quote mehmet 6-6-2024 09:58 PM
Riak dlm humble. Pakai baju warna licin muka glowing keluar rumah besar naik kereta bersih kilat, up post kecilkan bla bla bla.

Show off menjala mata jahat.
Quote doubleA 6-6-2024 10:59 PM
Pendidikan islam dulu dapat berapa noks? Non muslim ke yg percaya org di alam barzakh nak sedih bagai alam yg berbeza dah pun. Anyway takziah. Semoga pelaku di berkas
Quote Sazreena 6-6-2024 11:24 PM
naina replied at 6-6-2024 08:58 PM
Kenapa lah percaya orang dalam kubur tu akan sedih dengan masalah kita didunia ini. Bukan masalah di ...

Kaaann..exactly! Merepek mende dia ni. Org dah ninggal, ko tunggang terbalik kat dunia cane pun xde makna nak kata sedih. Tipikal betul la.
Quote azimodin 7-6-2024 12:06 AM
Orang yg dah mati ni hubungan dia dengan dunia dah habis. Xde masa la arwah2 ni nak fikir hari ni siapa datang melawat. Sebab tu la juga i hanya pergi kubur arwah anak setahun sekali, sekadar nak mengingati kewujudan dia as part of the family. Xde maknanya nak duduk berkelah 40 hari bagai.
Quote sayurmayur88 7-6-2024 07:27 AM
first time dgr org yg dh meninggal boleh sedih dgn masalah dunia..huhuhu....
Quote yondu 7-6-2024 08:50 AM
i tak pernah suka dia ni hahahha budak lagi tapi mukanya tua betul
Quote prettyuglybabe 7-6-2024 10:49 AM
no simpati for you.. cewahh
Quote Zaien 7-6-2024 01:00 PM
ni peringatan la utk diri.. mungkin ko rs diri x menunjukkan.. tpi cara ckp tu...
Quote kerani_je 7-6-2024 01:06 PM
Terpaling gebang die ni..Cakap mcm die je terpaling betoi..tak pernah rasa nk support kedai die..Dah la kedai mcm kena paksa beli cukup limit barang vendor..tak tau knpe masih ramai melayu islam support sedangkn ustaz azhar pun dah tegur haram hukum jual beli cara dia tu..Dah org nk beli crepe bagi je lah,  awat nk kena support beli makanan vendor smpai rm50 ke 100..Pasal tu Allah tarik nikmat harta dgn cara musibah ni utk bersihkan harta hang tu balik kieda oi..Sebelum ni bukan main berlagak ckp klau x mau beli kedai die pun xpe die x heran..Sekali Allah tarik harta sekejap je lesap 800k..Org penang ke kedah utara klau cakap tak beringat..ni padahnye..
Quote jihah_kudat 8-6-2024 01:08 AM
terpaling sadis kehidupan..tak habis2 ratib bapak mati macam ko sorang bapak mati..terpaling ada pcos..konon tak kisah apa kata org so meniaga je la diam2..org komen tak suka pun cyber bully org tu..she ni memang jenis pompuan ulu kedah susah tiba2 kaya terus jadi culture shock..terpaling org dengki..
Quote Tunakimchi 9-6-2024 09:57 AM
X pernah rasa kesian. Dia ni rasa dialah terpaling betul. Lagi2 pasal kes lotus tu.
Quote bottombikini 9-6-2024 10:12 PM
tak jumpa semula ke emas tu mcm si km
Quote goldcarrot 3-7-2024 04:24 PM
Tk bkenan sheols ni. Bila bcakap tu sejenis yg vibe kurg ajar. Dah la bingit. Rempit sgt. Tk reti btenang kejap ke. Aku yg letih tgk spesis ni bcakap
Quote kepompong 3-7-2024 04:50 PM
sayurmayur88 replied at 7-6-2024 07:27 AM
first time dgr org yg dh meninggal boleh sedih dgn masalah dunia..huhuhu....

dulu hb i percaya.... hohoho susah yach nak yakinkan dia benda tu salah sbb dia lagi "alim" dan rajin pegi kuliah, mengaji quran minimum 100 ayat sehari & buat tahajud . selain solat awal waktu kat masjid... takkan lah dia nak percaya i yg tak buat semua yg dia buat tu berkenaan alam barzakh
Quote syamzana 5-7-2024 05:23 PM
kepompong replied at 3-7-2024 04:50 PM
dulu hb i percaya.... hohoho susah yach nak yakinkan dia benda tu salah sbb dia lagi "alim" dan ra ...

kalau rajin ke kuliah agama, ajaran mana yg diambil org dlm kubur mati berkurun lama blh rasa sedih/gembira dgn berita anak cucu cicit dia kat dunia.

***dia ni lbh krg je dgn sorg lagi yg kene saman 100k tu. bhs pun lbh krg. kalau dgr depan2 rasa nak penampar bg tonedown sket suara tu, mcm la kita pekak.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076050 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top