CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’

6-6-2024 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6240| Komen: 28


Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz dihujani dengan pujian oleh warganet kerana sikapnya yang tidak pernah sombong meskipun berjaya dalam bisnes dan dilimpahi dengan kekayaan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi dengan pengikutnya video yang memaparkan rumah yang pernah didiami dahulu.

Menurut Bellaz, rumah tersebut banyak menyimpan kenangan dia dan keluarga.

"Inilah rumah saya dulu, menggamit memori..rumah saya membesar. Rindunya, kenangan tu."

Sekarang tak tahulah siapa yang duduk sebab tu rumah sewa.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak itu mengucapkan rasa syukur kerana dapat berlindung dari hujan dan panas di rumah tersebut walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

"Itu semua rezeki, saya dapat duduk situ. Alhamdulillah. Kalau saya balik kampung mesti akan pergi ke rumah tu, ambil gambar."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi keperibadian pempengaruh itu yang disifatkan merendah diri.

"Bellaz ni rendah diri, tak tunjuk kekayaan dia. Barang kemas pun tak tunjuk. Suka cara Bellaz ni."

"Betul, dia tak pernah beritahu berapa dia belanja kalau dia membeli. Tapi nampak memang kaya."

"Kami semua suka Bellaz, dia tak sombong dan tak lupa asal usul."

"Kaya macam mana pun, Bellaz selalu cerita tentang kesusahan dia. Tak pernah lagi saya dengar dia cerita tentang kekayaan dia. Saya suka privasi Bella."


Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manamana123 6-6-2024 06:48 PM
Suara bella ni macam mak i hahaha
Quote zuriey 6-6-2024 08:53 PM
Bingit....tapi wara comel amat..
Quote mehmet 6-6-2024 09:59 PM
Dia tayang anak nya. Lain gaya pula.
Quote Sazreena 6-6-2024 11:20 PM
Memula masa baru nak naik dulu ampun lagi..bila dok tayang wara tu aku rasa cam please. Yeeee anak dia, suka hati dia laaaa tak suka unfollow je tapi emmm indirectly dia dah expose anak tu kpd bahaya.
Quote naina 6-6-2024 11:29 PM
Tapi dia show off anak dia plak. Yang tu lagi lah bahaya. Anak dia lah terpaling cantik,comel bijak..walaupun comel. Tapi beriya dia tayang anak dia yang ni ya 3 lagi tu sipi2 je tayang.
Quote yondu 7-6-2024 08:53 AM
pernah ada seorang ejen dia kot tak silap i, masukkan muka wara tanpa filter [em:4:] ramai la kecam, bukan la nak kecam budak tu, lebih pada nak kecam maknya. Filter lebih sangat dekat anak sampai macam tak boleh terima rupa sebenar budak tu.[em:8:][em:8:] i pun sempat tengok[em:12:] comel lagi anak lopak[em:4:]
Quote Neno90 7-6-2024 01:07 PM
Anak² comel
Quote zuriey 7-6-2024 02:29 PM
yondu: pernah ada seorang ejen dia ko ...

Mcm penyanyi bernombor lah sampai oyen muka apiyah di filternya.[em:3:]
Quote lifeline 7-6-2024 03:22 PM
dia show off jugak hrta skit2..tunjuk keta hijau tunjuk rumah skit2..

tapi yang dia paling show off is anak dan laki dia
anak tu xpe lagi
laki tu kerap sangat stgi kena sondol melalak mcm anjingg geng2 ni
tp dlm masa yg sma diri sndri duk post pasal laki
Quote Mimo.mimo 8-6-2024 08:51 PM
Definisi jual anak
Quote tepisket.. 8-6-2024 11:44 PM
Dia jurusolek retis mana? DCT ke? Ziana Zain ke? Tak pernah plak aku dgor dia solek VIP ke
Quote Tunakimchi 9-6-2024 09:49 AM
Dia show off anak tp versi filter. Dah omaknye pun harap ke filter. Kalau takde filter hmmm
Quote _kelly 9-6-2024 11:17 AM
bag dia ada yang fake kan..nak tayang apa
dah la bingit rempit
Quote noorhairiahma 9-6-2024 06:29 PM
yondu replied at 7-6-2024 08:53 AM
pernah ada seorang ejen dia kot tak silap i, masukkan muka wara tanpa filter [em:4:] ramai la kecam, ...

Ya, selama ni i tengok wara tu comel je.

Sekali tertengok wara without filter. Terus i rasa macam, eh ni wara ke? Ye ke ni wara? Gituh.

Without filter comel jugak gitu2, tapi bila keluar dari medsos emaknya, jadi lain terus budak tu. Jadi terlalu comel yang macam tak percaya anak dia secomel itu.

Rupanyaaa....
Quote Mimo.mimo 9-6-2024 11:08 PM
noorhairiahma replied at 9-6-2024 06:29 PM
Ya, selama ni i tengok wara tu comel je.

Sekali tertengok wara without filter. Terus i rasa macam ...

Kuat filter kan omaknya. Lepas kecoh pasal keychain wara tu dah tak amek tau dah. Buat anak guna anak untuk jual barang. Exploits anak sendiri
Quote Riz_one 11-6-2024 12:43 PM
ya kaa tak tayang...puiii
Quote awenda507 11-6-2024 03:22 PM
Tak show off tp dia ni terlalu bingit
Quote pavlovachoc 12-6-2024 08:37 AM
Kt mana nk tgk wara tanpa filter
Quote kun_tum 13-6-2024 11:23 AM
pavlovachoc replied at 12-6-2024 08:37 AM
Kt mana nk tgk wara tanpa filter

iols ada tertengok wara tanpa filter. lupa dah kat mana. comei biasa2 je nyah. mcm budak2 biasa. kalau kt tt omaknya...comel berganda

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060748 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top