CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

‘Kalau Tak Puas Hati Datang Jumpa’ – Vicha Dedah Jumpa Duit Syiling Depan Kedai, Rakan Dakwa Ada Orang Cuba Hantar Sihir

6-6-2024 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2859| Komen: 5


Pelakon dan pelawak Vicha Saywho mengakui dia pernah berdepan gangguan sihir semasa menjalankan perniagaan makanan.

Menerusi laporan Mstar, Vicha berkata, dia sedar ada pihak mahu menjatuhkan perniagaan yang diusahakan olehnya di Malaysia. Namun begitu, dia memandang perkara tersebut ke arah yang positif dan berhati-hati.


"Pernah sekali depan gerai saya ada duit syiling banyak dan yang kelakarnya saya ambil duit itu kerana tidak tahu itu adalah gangguan sihir atau apa."

"Bila saya tanya kepada rakan, rupanya itu adalah salah satu sihir yang digunakan melalui duit syiling untuk kita, tapi selepas kejadian tu saya tak rasa sakit atau apa-apa, malah masih anggap itu adalah perkara normal."


"Saya tak pernah buat jahat atau bermusuh dengan sesiapa, semuanya saya baik-baik saja jadi tak sangka pula ada orang sanggup buat macam tu pada saya."

Tambah Vicha, semua cawangan kedai makanan bakso miliknya di Malaysia sudah ditutup dan membuka cawangan baru di Bandung, Indonesia.

Sumber: Mstar/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 6-6-2024 09:16 PM
Dulu2 i xpercaya benda ni tapi dah jadi dekat member i, tauke kedai. Kedai dia x viral tapi maju jugak la sampai ada 2 cawangan. Tup2 dia tutup kedai. Bila jumpa terkejut tengok dia pucat lesi. Rupanya ada orang dengki. I pon dah banyak kali jumpa note seringgit betul2 depan gate rumah, ada sekali tu dalam peti surat. Memang i x sentuh la, dengan anak pon dah pesan jangan ambik. Seram oii.
Quote matbad 7-6-2024 05:05 AM
azimodin: Dulu2 i xpercaya benda ni tapi ...

Nampak mcm simple sbb duit syiling kan..tp azab yg kena tanggung tu hanya Allah yg tau
Quote sayurmayur88 7-6-2024 07:28 AM
benda ni betul..kena berhati2.. manusia durjana ni mana pikir hal akhirat sana...
Quote Neno90 7-6-2024 01:08 PM
Kenapa la nak dengki²
Quote Tunakimchi 9-6-2024 09:51 AM
Sengsara kalau kena sihir ni. Jangan dengki rezeki masing2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.050703 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top