CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Ustaz Kazim Kongsi Pengalaman Disihir – ‘Saya Nampak Perempuan Duduk Dekat Pintu Rumah, Dia Ketawa Sangat Menakutkan’

6-6-2024 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6280| Komen: 44


Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias berkongsi tentang pengalamannya disihir oleh enam orang individu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Kazim mendedahkan bahawa dia pernah mengalami pengalaman buruk ketika disantau.


"Tahun 1997, saya kena santau balik daripada qiamulai di sebuah kem, Saya rasa lain macam, dada pedih rasa macam nak muntah."

"Saya pergi ke hospital, doktor kata jangkitan virus, tidak ada apa-apa. Saya balik rumah, dan dalam enam hari dan terbaring tak boleh buat kerja."

Paling menakutkan apabila penceramah itu berkata, dia sering diganggu oleh makhluk halus ketika berada di rumah sebelum dibawa mendapatkan rawatan oleh keluarga mentuanya.


"Setiap petang saya lihat ada satu perempuan duduk dekat pintu rumah saya. Dia kata dekat saya, ‘padan muka kau ceramah mengata pada orang, kau rasakan.’ Kemudian dia ketawa sangat menakutkan."

"Saya boleh bayangkan muka dia macam mana sampai sekarang dan orang lain tak nampak."

"Keluarga mentua saya bawa saya balik berubat di Kedah. Saya dah sebulan tak makan, saya terbaring jadi kurus kering."

Bercerita lanjut, penceramah berusia 51 tahun tersebut berkata, dia pernah bermimpi enam individu yang didakwa menjadi dalang perbuatan sihir tersebut.

"Satu malam saya ada bermimpi dan ada seorang ulamak kata saya kena sihir. Dia kata kamu ambil tujuh benda ini, kamu campur dan kamu buat ubat."

"Kemudian dia tunjukkan kepada saya enam gambar orang yang sihirkan saya dalam mimpi itu. Dia ambil macam paku kemudian dia lontar dekat dinding macam main dart tu, lima gambar lelaki dan satu gambar perempuan."

"Saya pun terbangun dalam jam 4.30 pagi, saya kejut isteri saya untuk tulis tentang ubat itu. Kemudian esoknya pukul 11 pagi saya dah boleh duduk. Saya cakap padanya saya rindu dekat anak, kemudian saya dah boleh makan nasi selepas lebih sebulan."

Tidak lama kemudian, dua orang individu tampil membuat pengakuan kepada Ustaz Kazim dan beliau memilih untuk memaafkan mereka.

"Pada tahun, 2000 saya pindah daripada rumah yang saya kena sihir. Waktu saya tengah sibuk angkat barang, datang sepasang suami isteri dan mereka berkata, ‘ustaz kata kami datang ni nak minta maaf, kami yang sihirkan ustaz.’

"Saya kata saya dah tahu lama, mana lagi empat orang. Jadi dia tanya, ‘ustaz tahu kami berenam?’"

"Saya kenal mereka, tapi saya tak adalah nak marah. Sembang dengan mereka macam biasa. Sebab pada saya takkan kita nak percayakan mimpi. Dekat isteri saya pun tak beritahu, saya hanya cerita tujuh ramuan ubat itu sahaja."

"Saya maafkan mereka dunia, akhirat."

"Dia nak jadi anak murid saya, bawa kereta saya. Daripada benci, bila saya dah maafkan kami jadi kawan."

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 6-6-2024 05:53 PM
Jauh Teruk lagi rasulullah kena swaktu berdakwah...
Quote batmana 6-6-2024 06:06 PM
Boleh Caya jer Cite ni
Quote cmf_premierleag 6-6-2024 06:19 PM
Akak teringin nk sihir bos kat opis tu
Quote green~tea 6-6-2024 06:19 PM
Terpaling kena sihir

Terpaling victim
Quote green~tea 6-6-2024 06:21 PM
cmf_premierleag replied at 6-6-2024 06:19 PM
Akak teringin nk sihir bos kat opis tu


Aku pernah nampak dgn mata kepala aku sendiri ada 2 orang pompuan menyihir kat ofis klcc... hahahahhahah few years ago la


Gigih tau makcik2 gundu perut circumference >40 inci duk menyihir supaya bosses tunduk dan sayang .

Sanggup depa datang awal ke ofis kol 7 am utk menabur benih...

Aku kebetulan kena datang awal sbb gelabah tetek nak present kat board byk slides nak kena alter masa tu
Quote OsHiN_hOnEy 6-6-2024 06:55 PM
dah baik ke kulit katak puru dia tu?
terpaling diduga, mesti nak ckp Allah sayang kat dia jer
Quote cmf_premierleag 6-6-2024 07:06 PM
green~tea replied at 6-6-2024 06:21 PM
Aku pernah nampak dgn mata kepala aku sendiri ada 2 orang pompuan menyihir kat ofis klcc... hahaha ...

Aku nk sihir bos aku ni sbb dia mcm cibai ya..org yg byk buat keje, bila ada mistake sket je,terus dia blacklisted org tu
Tapi...tapi staff yg x penah buat paper work, senang ckp, x penah produce any paper,takde lgsg kene bleklist ya
Cibai ke tak cibai?
So weols mmg plan nk sihir je biar mampos segera
Quote dani-rox 6-6-2024 07:12 PM
bukan gambar tangan menggerutu tuh utk berlakon filem tu ke? pernah baca pakcik nih ada sakit diabetes.

Saya cakap padanya saya rindu dekat anak, kemudian saya dah boleh makan nasi selepas lebih sebulan."


anak yg mana tuh? yg pervert tiber belajar kat oversea tu kah?
Quote nolya 6-6-2024 07:26 PM
OsHiN_hOnEy replied at 6-6-2024 06:55 PM
dah baik ke kulit katak puru dia tu?
terpaling diduga, mesti nak ckp Allah sayang kat dia jer

Ilmu sihir ni memang wujud sejak dari zaman nabi lagi. Sihir tu ada dn akan dikenakan kpd musuh seseorang.  Kesah Us Kazim, berlaku kat dia, dia menceritakan kita take note aje lah. Tak perlu komen lebih2 sebab tak kena kat kita. Syukur Alhamdulillah kita tak lalui apa yg dia lalui. Iktibarnya mengajak diri sendiri berwaspada dlm perkataan dn perbuatan dn menjaga jarak. Berhati2lah dgn mulut,  maka tidaklah dikiaskan orang kerana pulut santan binasa.

Quote OsHiN_hOnEy 6-6-2024 08:37 PM
nolya replied at 6-6-2024 07:26 PM
Ilmu sihir ni memang wujud sejak dari zaman nabi lagi. Sihir tu ada dn akan dikenakan kpd musuh se ...

semua benda baik atau buruk kita boleh amik ibrah sis
tiada siapa yg melarang, tapi sebelum kita nak terjun dlm dunia sihir bomoh momoh ni
Islam juga mengajar kita tentang muhasabah diri
kurangkan mengatal dgn yg bkn mahram
jelas kot.
Quote makita 6-6-2024 10:15 PM
dani-rox replied at 6-6-2024 07:12 PM
bukan gambar tangan menggerutu tuh utk berlakon filem tu ke? pernah baca pakcik nih ada sakit diabet ...

Kifarah sbb membela anak prevert tu kot. Alih2 syihir yg kene tuduh.
Quote clarizsa 6-6-2024 10:19 PM
delulu much .. obses dgn hal sihir
Quote dani-rox 6-6-2024 10:42 PM
makita replied at 6-6-2024 10:15 PM
Kifarah sbb membela anak prevert tu kot. Alih2 syihir yg kene tuduh.

bukan tu jer, si tua nih siap ugut nak saman mak mangsa. berlagak nak mampos. kurma is real y'all
Quote Mamidingdong 6-6-2024 11:30 PM
Setadd dari tuduh sihir baik pi cek gula tu, org diabetes memang selalu kena penyakit kulit susah nak sembuh kan? Lepas tu pi minta ampun kat org yg setad naya dlu2
Quote Samerosie 6-6-2024 11:41 PM
Ha? Baru 51 tahun kenapa muka cam lagi tua.
Quote eyansss 6-6-2024 11:51 PM
OsHiN_hOnEy: dah baik ke kulit katak puru dia tu?terpaling diduga, mesti nak ckp Allah sayang kat dia jer

tu gambar tangan untuk lakonan filem dia…  filem ke drama ntah…
Quote sayurmayur88 7-6-2024 07:30 AM
sihir2 ni padahnya jauh lebih besar kpd penghantar dan bomoh tu..
Tuhan tak tido yer..
Quote kucingitam 7-6-2024 09:19 AM
kes tahfiz tu, dah minta maaf pada keluarga mangsa ke belum..terpaling jadi mangsa je si UKE ni..
Quote pokokmeranti 7-6-2024 09:32 AM
sihir dan saka dua perkara yg menyusakan hidup org lain. jgnlah syirik kepada Allah dgn melakukan sihir dan menyimpan saka.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052894 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top