CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Hafiz Mahamad Janji Tak Akan Berhenti Bawa Orang Ke Bumi Allah, Pekerja Menangis Ditaja Tunai Haji

6-6-2024 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4424| Komen: 25


Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad menghadiahkan salah seorang pekerjanya pakej menunaikan rukun Islam yang kelima.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Hafiz atau nama penuhnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad sempat merakam momen ketika dia memaklumkan tentang perkara tersebut kepada stafnya.


Difahamkan Hafiz memberitahu pekerjanya itu lebih awal untuk menguruskan visa haji.

"Tempat dia bekerja hanyalah di stor. Dia bekerja dengan saya dari zaman saya berniaga booth lagi. Sekarang dia la yang uruskan stock."

"Dia kata dia tak daftar haji dan kos untuk menunaikan haji mahal."

Tidak mampu menahan sebak, lelaki tersebut kemudian dilihat menangis dan berterima kasih kepada Hafiz dan isterinya, Syafiqah Aina.


"Dulu waktu saya bekerja, saya selalu fikir adakah mereka yang berpangkat dan ada pendidikan tinggi sahajakah yang layak?"

"Saya beritahu dia, cita-cita saya yang pertama sudah tercapai, bawa semua staf ke umrah. Saya takkan berhenti untuk berusaha bawa orang ke bumi Allah lagi." 

"Ini cita-cita yang seterusnya, untuk bawa mereka ke haji."

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya mereka memperoleh berita baik apabila visa haji telah diluluskan.

"Saya nak berterima kasih kepada abang kerana bersama Ainaa sepanjang tujuh tahun ini."

Menurut usahawan berusia 31 tahun itu, segala kos menunaikan ibadah haji pekerjanya tersebut akan ditanggung olehnya dan bakal berangkat ke Tanah Suci pada 12 Jun ini.

Sumber: TikTok Hafiz Mahamad/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 6-6-2024 08:13 PM
Mamat ni bkn retis.. Sila park kat thread personaliti media sosial
Quote fadz84 6-6-2024 08:13 PM
Mamat ni bkn retis.. Sila park kat thread personaliti media sosial
Quote Hoola 6-6-2024 08:32 PM
mai dah terpalingggggggg

Quote naina 6-6-2024 08:36 PM
Betollaaa kan..akhir zaman ni sedekah takda sembunyi2. Nampak moleknya lahaii...belanja orang pergi haji,umrah berkali2..tapi apa keperluan ko cerita kat orang melalui ko sendiri. Lain lah orang lain sampaikan kebaikan ko. Ni takdan2. Nak juga cerita apa benda baik ko buat. Meluat
Quote cempakaa 6-6-2024 08:43 PM
Moga mendapat haji mabrur
Quote azimodin 6-6-2024 09:27 PM
Terpaling menyucikan imej. Kan haritu buat hal kat tanah suci. Cubaan untuk memenangi hati netizen la tu
Quote jambatannetizen 6-6-2024 09:45 PM
Edited by jambatannetizen at 6-6-2024 09:47 PM

Kenapa eh setiap kali dia buat video, pekerja2 dia macam slave dia eh. Berdiri macamtu. Macam zaman sekolah, beratur tengah kena marah dgn cikgu. KA itu tak nampak sgt buat mcm ini kat employees dia.
Quote hokeypokey 6-6-2024 09:55 PM
meluatttttt
Quote naina 6-6-2024 11:26 PM
Bini dia bukan pregnant ke Ritu kemain buat video cium2 perut bini.
Quote mrseller 6-6-2024 11:28 PM
Bole buat perangai beruk lagi
Quote Sazreena 6-6-2024 11:28 PM
Buat kebaikan tu bagus..ye niat ikhlas atau tak org tak nampak tapi beringatlah bahaya bersedekah konon sbg inspirasi boleh timbul sifat mazmuah. Kita ni hamba yg lemah. Takkan sikit pun xde terdetik rasa bangga. Ambil la iktibar bini tu kena santau. Baik ko tubuhkan yayasan cam TSSB. Kebaikan tu nampak lebih mulia sebab ko menolong dendiam..know know anak tajaan dah berjaya dan balas jasa.
Quote slyfynx 7-6-2024 12:52 AM
Aku x pernah suke die ni.
And.......... RETIS KE MAMAT ni?
Quote yondu 7-6-2024 08:54 AM
mamat ni ada masalah jiwa ke?
Quote Sendawg 7-6-2024 10:10 AM
Perlu ke buat content? Or ini semata-mata utk content? Yang bingai nya rakyat yg bodoh pergi puji taksub dgn content religion ride
Quote mamapea 7-6-2024 10:19 AM
perlu ke semua benda nk citer...
Quote lina_lim79 7-6-2024 04:28 PM
Dia ni bijak guna Marketing Budget.. each company mmg dah allocate marketing bajet setiap tahun.. dia full fill dgn benda2 positive mcm ni.. dlm masa sama... dia viral.. org kenal product dia.. kenal ke? hahhahaa
Quote epalgebuu 7-6-2024 04:41 PM
skang ni dia ni artis ke? yang menyemak bukak post kat sini dah kenapa
Quote epalgebuu 7-6-2024 04:41 PM
skang ni dia ni artis ke? yang menyemak bukak post kat sini dah kenapa
Quote KamikuP 7-6-2024 05:27 PM
Very the cringe laki bini.. euwww

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.033462 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top