Sebelum ini, kecoh seorang pempengaruh islamik yang cukup dikenali kerana sering melakukan konten ‘tebuk Al-Quran’ didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual. Malah, wanita yang sepatutnya menjadi tunang lelaki terbabit turut mendedahkan beberapa hal yang tidak enak melibatkan pempengaruh itu. Terbaru, penyanyi rap Caprice atau mesra dipanggil Cap mendedahkan beberapa tangkap layar mesej di Whatsapp yang diberi sendiri oleh mangsa influencer berkenaan. Dalam salah satu hantaran mesej yang didedahkan, influencer tersebut tanpa segan silu mengajak mangsa untuk check-in hotel walaupun ketika bulan Ramadan.
Mangsa difahamkan pada awalnya mahu mendekati lelaki itu kerana ingin berubah ke arah yang lebih baik tetapi lain pula yang jadi. Sebagai ‘orang tengah’, Caprice turut menyeru jika ada wanita lain yang menjadi mangsa influencer itu untuk tidak takut kedepan dan dirinya akan bantu sebaik mungkin. SUMBER : Instagram/Beautifulnara |
prince_marhaen replied at 5-6-2024 09:46 AM
kes romen2 suka sama suka ni aku padankan je muka... sama2 dah berlendir, sama2 gatal... dah rengsek ...
BoongaKertas replied at 5-6-2024 08:03 AM
kalau betul, garit sgguh dedua. tp dlm isu ni, nyampahnya iols dgn si topi nasi ni. pakcik bwg terpa ...
jula7 replied at 5-6-2024 10:17 AM
ye salah la apa yg salah kan...
namun yg iolss nak persoalkan..apa benefit yg topi nasi ni dpt bila ...
ADVERTISEMENT