CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Suruh Pun Mereka Tengok..” – Netizen Meluat Tengok ‘Muka Selenga’ Suami Ain Edruce

4-6-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14419| Komen: 52


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Ain Edruce serta suaminya, Amirul Hafiz telah menerima kecaman daripada segelintir netizen yang mendakwa mereka sudah meluat melihat perkongsian pasangan ini di media sosial.

Meskipun dikritik orang ramai, Ain tidak cepat melatah dan berpendapat segala konten yang dikongsikan di media sosial bersama pasangannya itu bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak. Sebaliknya, dia menganggap itu sebagai satu kenangan buat keluarganya.


"Sebenarnya Ain buat konten dengan suami Ain ni semua bukannya untuk sedapkan hati atau buat orang ramai suka dekat Ain.
 
"Ain sebenarnya buat konten dengan suami sebagai kenangan, jadi saya simpan dalam saya punya TikTok, jadi konten tu saya akan sentiasa buat. Terpulang dekat orang kalau nak tengok ke tak, saya tak suruh pun mereka tengok."

Sementara itu, ditanya soal netizen yang melabel wajah suaminya sebagai ‘muka selenga’, pengacara ini berkata dia tidak terjejas dengan kenyataan tersebut. Malah, wajah suaminya itu yang membuatkan dia jatuh hati dahulu.

"Muka tu memang dah lama Ain tengok, sebelum bercinta pun memang muka tu, selepas bercinta, selepas berkahwin pun muka tu.
 
"Jadi bila orang kata muka dia macam tu tak ada rasa apa-apa. Untuk pengetahuan orang ramai, sebab muka itu lah saya jatuh cinta dengan dia."


Untuk rekod, Ain Edruce telah sah bergelar isteri kepada Amirul Hafiz pada 13 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bersama.

SUMBER : Gempak/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 4-6-2024 11:31 PM
Hahaha aku terhibur gila dgn dia.
Yg trend asoka rica rica kt tt tu dia buat kt laki dia babi la mmg masuk air. Baru ni dia suh tlg jaga lki dia dpn skrin.. bca komen2 kt tt smpai keras perut gelak.
Quote zuriey 5-6-2024 12:06 AM
Sikit2 ok tapi asyik dok bt lembam je bosan
Quote LembingDayanti 5-6-2024 12:07 AM
laki bini propa. suami dia bukan bodoh alang macam tu in real life. ex gf bertimbun. yg dah meninggal pun ado.
Quote gerbera.memopad 5-6-2024 12:36 AM
Tak suruh tengok jadi boleh diblock la kan?
Quote exclusive_vvip 5-6-2024 01:21 AM
ramai ke yg kecam? Ke propa yer? kekadang lalu kat socmed iols, i tgk jugak la komen2..mostly dok puji2 je
Quote sayurmayur88 5-6-2024 07:15 AM
hahaha, yg dok kecam2 tuh duit dlm akaun bank sama banayk mcm laki sheolls ke
Quote Thunderclouds 5-6-2024 07:33 AM
Betol la tu.
Xsuka toksah tgk.
Kalo benci block terus.
Xsuka, benci, meluat tp siang mlm bkuntum kt medsos dia tu yg patot insof muhasabah diri.
Quote supernaturalee 5-6-2024 11:30 AM
teringat cerita nasik tangas


Quote ezacbee 5-6-2024 12:01 PM
Tahnya.. klo meluat block je. Aman hidup.
Quote pocongkiutss 5-6-2024 12:03 PM
Edited by pocongkiutss at 5-6-2024 12:04 PM

Siot..hilang habis apa yg iols taip..si mirul ni jauhhh lg baik dr alipnajiss..dia takde rupa pun takat ni setia..duit masyuk

Padan muka alipnajis kena sindir dlm lagu ILU

https://youtu.be/Wzug5zjEFko?si=urJOnO9kqN6bu6lN
Quote bottombikini 5-6-2024 06:46 PM
dah mmg wajah dia gitu
korang nak expect hape
Quote OsHiN_hOnEy 5-6-2024 08:23 PM
LembingDayanti replied at 5-6-2024 12:07 AM
laki bini propa. suami dia bukan bodoh alang macam tu in real life. ex gf bertimbun. yg dah meningga ...

kalo dia bodoh2 alang irl
takda lar dia sangkut dgn ain yg very loud ni
entah tak rasa pun lawak laki dia muka mcm mr bean
tapi ramai tollowers yg enjoys katanya ketawa berdekah
sejenis mudah terhibur
Quote sukanyanyi 5-6-2024 09:07 PM
Aik? Sejak bila org meluat? Setau iols selama ni org mcm obses dgn kapel ni, terutama sbb laki dia, dan dgn lebih spesifik, sbb ekspresi muka dia yg mcmtu...
Quote red_velvet 5-6-2024 09:13 PM
Ada baca komen2 kat tt husband dia jenis garang dgn staff kat opis . Takdenya bodo2 camtu... Aku bukan menyampah kat laki dia, tapi menyampah kat ain ni sebab bingit.. so most of the time kalau lalu content dia kat tt laju2 aku scroll
Quote red_velvet 5-6-2024 09:14 PM
Ada baca komen2 kat tt husband dia jenis garang dgn staff kat opis . Takdenya bodo2 camtu... Aku bukan menyampah kat laki dia, tapi menyampah kat ain ni sebab bingit.. so most of the time kalau lalu content dia kat tt laju2 aku scroll
Quote Rogue98 5-6-2024 09:17 PM
Biar selenga janji setia...chia chia...
Quote pakwetizzaqyah 5-6-2024 09:50 PM
nyampah tngok muka dia kat melodi
Quote TerataiMelur02 5-6-2024 10:36 PM
LembingDayanti replied at 5-6-2024 12:07 AM
laki bini propa. suami dia bukan bodoh alang macam tu in real life. ex gf bertimbun. yg dah meningga ...

Haruslah ex gf bertimbun poket tebal
Quote Lily_Elizabeth_ 5-6-2024 10:39 PM
pakwetizzaqyah replied at 5-6-2024 09:50 PM
nyampah tngok muka dia kat melodi

Emmmm I nak second you; bingit betui. I tak suka perempuan bingit rasa lemas telinga. Geli.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041451 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top