CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya dah lama 'move on' dan cuba hidup tenang - Bella Astillah nafi sudah berbaik dengan Aliff Aziz

4-6-2024 07:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6732| Komen: 36



"Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul."

Demikian kata Bella Astillah mengenai dakwaan dia sudah berbaik dengan suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka dilaporkan sudah ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun ini.

Bella berkongsi perkara itu selepas terkilan dengan laporan sebuah portal berita yang mendakwa hubungannya dengan suami sudah kembali baik.

Bella menerusi perkongsian di Instagram Story memohon orang ramai termasuk portal berita berhenti membuat tanggapan sendiri.

"Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca tajuk sahaja terus mengecam saya.

"Saya sudah lama 'move on' dan cuba hidup tenang," katanya.

Menurut Bella, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk tidak menjawab segala persoalan atau isu berkenaan dirinya.


"Saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemubual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

"Jawab salah, tak jawab lagi lah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya.  Semua fakta dipusing.

"Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan," katanya.

Krisis rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi berusia 33 tahun itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Situasi semakin parah apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan ramai artis terkenal lain.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 4-6-2024 07:51 PM
Ha ni la tred yg dinanti. Eh aku pulak yg first komen. Hehek. Lama aku tunggu 4 jun last2 kena tunggu lagi. Baca kat tempat lain katanya hakim tak available. Hakim pon..sambung cuti dari semalam ke, haiyyo.
Quote Kurex 4-6-2024 08:47 PM
filter gambar macam 2 orang yg berbeza
Quote matjerk 4-6-2024 09:33 PM
Kurex: filter gambar macam 2 orang yg ...


https://vt.tiktok.com/ZSYhkDFXc/[tiktok]7359114811420052744[/tiktok]
Quote bottombikini 4-6-2024 09:36 PM
hmmm..hujung2 beranak lagiiii
Quote _blackbird 4-6-2024 10:05 PM
Aku rasa kali ni nabelah tak uturn kot. bila mil dia mencerca dia mcm2 depan org. Mcm2 dah londeh, alip pon babikan ajer dia. Damage tu mcm beyond repair
Quote sharlenetexas 4-6-2024 10:06 PM
Hidup kau kehidupan kau.

Quote sayurmayur88 5-6-2024 07:16 AM
bina hidup baru ngan anak2 lagi jauh baik....
Quote marchikobonzo 5-6-2024 09:10 AM
Yaa..bagus..dah tak leh nak selamat dah kalau teruk macam ni
Quote miemiecha 5-6-2024 09:41 AM
13hb mek msk smula
Quote LipasComel 5-6-2024 12:03 PM
iols kesian dgn dia ni sejak kantoi aliff tu membabikan dia. mesti dia rasa diri dia bodoh sangat backup aliff tu selama ni kan. rupanya mamat tu membabikan dia je selama ni.
Quote nuhanis 5-6-2024 12:06 PM
Tapi dia ni semakin lawa ye di dunia realiti. Ni based gambar yang orang upload. Bukan dari IG dia. Samada memang begitu hebat skill mekap dia or memang lawa sikit dari dulu.
Quote pocongkiutss 5-6-2024 12:08 PM
Tolong eh..jgn tetiba bunting dgn dia pulak..tolong sgt2 kalau hati nak cair tu tgk balik screenshot sarah bagi
Quote pocongkiutss 5-6-2024 12:09 PM
Kurex replied at 4-6-2024 08:47 PM
filter gambar macam 2 orang yg berbeza

Retis..biasa le chuols..alangkan acik2 fb pun berfilter

Tp org filter lelebih ni..dia tak rasa insecure ke nanti bila org tgk depan2..kan ker lain..contoh mcm Joy revfa dgn laki2 dia skali dia filterkan
Quote Kurex 5-6-2024 12:14 PM
pocongkiutss replied at 5-6-2024 12:09 PM
Retis..biasa le chuols..alangkan acik2 fb pun berfilter

Tp org filter lelebih ni..dia tak r ...

joy repah, salah sorang musuh iols selain mira basic, kemut & kakaknya, bella astillah, syuringai
Quote rayna_raynes 5-6-2024 02:00 PM
nuhanis replied at 5-6-2024 12:06 PM
Tapi dia ni semakin lawa ye di dunia realiti. Ni based gambar yang orang upload. Bukan dari IG dia.  ...

Happiness kot. Beban hidup dah berkurang

Quote razzia 5-6-2024 03:05 PM
nuhanis replied at 5-6-2024 12:06 PM
Tapi dia ni semakin lawa ye di dunia realiti. Ni based gambar yang orang upload. Bukan dari IG dia.  ...

ye i all
pun rasa dia nampak lawa sikit.body dia memang mantop
Quote viva_gerl 5-6-2024 03:11 PM
Ok noted. Nexxttttt
Quote jlo 5-6-2024 03:26 PM
jangan la balik semula ke aliff tu
Quote 8Queen8 5-6-2024 06:13 PM
razzia replied at 5-6-2024 03:05 PM
ye i all
pun rasa dia nampak lawa sikit.body dia memang mantop

I pun perasan dia dah lawa.
Hidung dah mancung sikit dan gigi pun dah tak menonjol cam dulu.
Muka pun berseri seri.

I rasa dulu muka kelam sebab laki kerap curang dan jiwa menderita.
Sekarang dia dah berpisah dengan laki tak guna, dah move on dan duit rezeki melimpah ruah.

Dari cara dia sauk semua kerja, i rasa dah dapat juta dalam waktu yang singkat.
Ramai nak kongsi rezeki dengan wanita teraniya.
I tengok rezeki anak2 tak putus2.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.091484 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top