CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Minta Maaf Kena Ikhlas” – Lufya Omar Nak Berdamai Dengan Takdir, Minta Jangan Guna Anak Untuk Publisiti

4-6-2024 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5281| Komen: 24


Pelakon Lufya Omar memaklumkan dirinya lebih tenang dalam menghadapi konflik dan masalah ketika ini.

Dia ditemui media baru-baru ini berkata, isu yang melanda dirinya pada tahun lalu membuatkan dia lebih rasional dan berdamai dengan takdir.

"Saya berdamai dengan takdir itu maksudnya apa yang telah ditakdir oleh Allah saya reda tetapi hal dunia ni antara saya dan Allah.''

"Jadi siapa yang buat salah dengan saya antara saya maafkan atau tidak itu urusan saya dengan Allah. Urusan dekat dunia ni wajib diselesaikan lah tapi tak selesai lagi."


"Biar benda ni tenang tak perlu saya bagi ‘spotlight’ dekat orang-orang itu. Apa yang terjadi tahun lepas benda itu macam push my button saya sepatutnya lebih rileks."


Tambahnya lagi, isu sebelum ini menjadi tidak terkawal kerana ada pihak yang menggunakan anak perempuannya untuk tujuan publisiti.


"Its pushing my button sebab awak menggunakan nama anak saya. Orang tahu harta terbesar saya adalah itu (anak). Itu yang digunakan untuk publisiti."

"Awak tak perlu sentuh pasal anak saya tak ada kena mengena dengan awak. Sekarang ni saya dah tak ambil tahu kecuali yang melampaui batas saya akan ambil tindakan undang-undang, itu sahaja."

Tambahnya lagi, dia tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada mana-mana pihak dan menegaskan ia perlulah dilakukan dengan rasa ikhlas.

“Tak minta maaf macam mana nak maafkan? Kalau awak ada buat salah dekat orang kena minta maaf dekat orang itu tapi itu antara saya dengan Allah lah. Tapi tak payah bawa media atau kamera di belakang, itu lain. Dia kena macam ikhlas dan kena betulkan benda yang dah messed up.” ujarnya lagi.

Sumber : Beutifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 4-6-2024 04:46 PM
hang mmg ada aura negatif la kak oiii
entah tak tau nak kabo gi mana
Quote laksmanabentan 4-6-2024 04:53 PM
I.K.A888990 replied at 4-6-2024 04:46 PM
hang mmg ada aura negatif la kak oiii
entah tak tau nak kabo gi mana

hahaha... baru nak cakap hal yang sama.... hahahhaa...
Quote QueenIsolde 4-6-2024 04:58 PM
Mcm takleh move on je dia ni..mesti bitter tgok ex dah kawen wpon iols pun xsuka exlaki muka jambu sheols.
Quote azimodin 4-6-2024 05:13 PM
Negative vibes.. apa jadi dengan kes anak dia hampir kena kidnap tu, no further action ke?
Quote awekjepun 4-6-2024 05:20 PM
Klo giliran bapa yg jaga mcm mana? Julia tu ok ke layan anak dia?
Quote mizzmimi 4-6-2024 05:59 PM
Apa kes tiber merempan..
Quote Mary_jane 4-6-2024 06:13 PM
Moga cepat lah lufya ni bertemu jodoh. Kalau tak sampai kesudah merentan psal ex.

Tengok pasangan selebriti yang masing2 dah kawen tu, takde dah gaduh bagai nak rak kan? Busy kelek orang baru.
Quote doubleA 4-6-2024 07:19 PM
Contoh pompuan bitter tak sudah kena cerai. Tak penat ke asyik sentap meroyan?
Quote Sazreena 4-6-2024 08:05 PM
Sound kat julia ke cak? Kalau bapak budak tu nak up kat memana socmed ko x leh memekak sbb tu still bapak.
Quote noell 4-6-2024 08:35 PM
takdak org nak kat dia ka camna??lama2 bole dpt depresi la gamaknya
Quote slyfynx 4-6-2024 08:55 PM
"Jadi siapa yang buat salah dengan saya antara saya maafkan atau tidak itu urusan saya dengan Allah. Urusan dekat dunia ni wajib diselesaikan lah tapi tak selesai lagi."


Pehal lak. Tu urusan ko dgn org tu la.
Kes anak kene culik ape cer?
Quote codenamedream 4-6-2024 09:00 PM
noell replied at 4-6-2024 08:35 PM
takdak org nak kat dia ka camna??lama2 bole dpt depresi la gamaknya

Bukan dulu Ada org spill dia mmg ada follow up kat psy clinic hsajb?
Quote 3chanceno 4-6-2024 09:09 PM
Kes anak nak kena culik dah buat laporan ke lum?  
Quote noell 4-6-2024 10:12 PM
codenamedream replied at 4-6-2024 09:00 PM
Bukan dulu Ada org spill dia mmg ada follow up kat psy clinic hsajb?

so mmg ada kes depression ka

Quote shernazz 5-6-2024 08:26 AM
Meroyan sungguh ni
Elok la geng dgn rita
Bitter laki dah kawen kan..
Baik la kau kawen..mesti senyap mulut ko
Quote cempakaa 5-6-2024 08:37 AM
Ada je tak kena ek
Quote ahhhhhhhh 5-6-2024 08:41 AM
Bab memaafkan ni lebih baik maafkan bukan tak nk maafkan. Byk je manusia yg kl org lain buat silap mulut die bercerita lepas tu x kn maafkan smpi bila2. Allah SWT Maha Pengampon, dosa umatnya yg x solat, yg mengkhianati org, yg bezina, yg x puasa je Allah SWT maafkan jika brtaubat.. Yg x maafkan dosa org tu Agak2 die minta doa pada Allah, Allah ampun kan ke tak ya?  Ambil lah sifat Allah SWT Yang Maha Pengampon untuk kita ikut..

Quote ell2026 5-6-2024 08:55 AM
I tgk org2 yg bertudung litup ..usrah non stop ni pelik jugak kdg2..penting sgt ke manusia yg byk khilaf ni merayu mintak ampun maaf kat ko mcm ko tu langsung xde dosa..pernah tak terfikir ntah2 org tu bertindak mcm tu pasal perangai ko sendiri tak betol..kalo kata berdamai dgn takdir..maafkan jelah..percaya jelah org jahat nanti ada balasan nanti...ni nak jugak berdendam2..Allah dah bagi nikmat jadi org yg beragama..tp hati tu tetap tak boleh tenteram
Quote marchikobonzo 5-6-2024 10:03 AM
Bitter tak habis lagi ke?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.143463 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top