Tidak berputus asa mendapatkan cahaya mata pertama, pelakon Janna Nick meluahkan hasrat tersebut ketika meraikan hari jadinya yang ke-29 di sebuah restoran bersama suami, Dini Schatzmann. Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk menjadi seorang ibu. Saya sayang awak, saya nak anak,” katanya sebelum meniup lilin kek hari jadinya. Perkara tersebut dimuat naik dalam Instagramnya yang menunjukkan gambar sambutan hari lahir dan juga beberapa petikan mengenai harapan menjadi ibu. Belum berhenti berharap,” tulisnya dalam ruangan kapsyen. Perkongsian tersebut mendapat perhatian beberapa rakan artis yang turut mendoakan pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu dikurniakan cahaya mata. “Insya-Allah Janna dan Dini. Jangan berhenti berdoa,” katanya Uyaina Arshad. Insya-Allah ‘soon’ (tidak lama lagi). Amin Ya Rabbal Al-Amin,” ujar Mira Filzah.
“Amin, insya-Allah. Sentiasa mendoakan,” tutur Ernie Zakri.
|
prince_marhaen replied at 4-6-2024 09:58 AM
Ingatkan dah 5-10 taun....baru nak masuk setaun ye...lorat nau.. relaks2 je la.. nak menampakkan san ...
ADVERTISEMENT