Penyanyi dan pelakon Lufya Omar menyokong gerakan Blockout 2024 secara sepenuhnya berikutan ramai selebriti tempatan didakwa mementingkan diri sendiri. Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Lufya berkata, dia mahu menjadi ‘eye opener’ kepada mereka di luar sana yang terlalu sibuk mengejar dunia, kesenangan dan kemewahan. Menurut Lufya lagi, gerakan tersebut juga membuka matanya sendiri agar memboikot semua jenama pro-Israel. "Ia juga mungkin ‘eye opener’ untuk saya, untuk melihat perkara ini sebagai satu perkara yang serius kerana satu dunia melakukan. Gerakan ini bukan main-main atau sekejap saja boikot sesebuah jenama tapi serius." "Jadi saya sokong, kita kena lebih peka dan jangan menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Kita tak tahu negara kita ini sampai bila aman, jadi kita kena ambil tahu." Tambah pelakon ‘Umairah’ ini lagi, dia tidak akan menerima tawaran daripada mana-mana jenama yang menyumbang kepada Israel.
"Sebenarnya sudah lama saya tidak mengambil jenama-jenama berkaitan, dan banyak juga yang saya tolak benda yang tidak bersesuaian dengan kita. Bagi saya duit boleh cari. Beginilah, kita kadang-kadang kita jangan minta rezeki melimpah ruah, sebab nanti ia boleh jadi istidraj." "Mintalah rezeki yang cukup untuk kita hidup, bayar zakat dan dekat dengan Allah. Jangan banyak sangat rezeki sampai lupa akhirat, lupa Allah dan sebagainya." "Lufya yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024, baru-baru ini, turut menasihatkan orang Islam agar ambil tahu mengenai peperangan yang sedang berlaku." "Kenapa di Barat sudah ramai bertukar kepada agama Islam, sebab inilah masanya untuk berhijrah kerana kalau kita belajar agama mengenai akhir zaman, kita akan menggigil." "Cepat-cepatlah buat amalan, berubah, berhijrah dan sebagainya. Setiap hari sedekah selepas solat subuh, walaupun RM1. Bukan untuk Palestin sahaja tapi ini juga diri kita selamat di dunia dan akhirat nanti. Ia juga supaya rezeki kita bertambah dan boleh bantu lebih banyak lagi." "Kita kena bersedia kerana Allah sudah berjanji Palestin akan menang. Bila mereka menang, tempat paling aman adalah di Palestin, kita kena kumpul duit dan pindah ke sana." Sumber : OhBulan |
ADVERTISEMENT