Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau Opai memberi teguran untuk tidak membiasakan diri bercerita atau mengumpat tentang orang lain. Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff memberitahu bercakap tentang seseorang di belakang mereka tidak mendatangkan perkara yang berfaedah. "Mengumpat maksudnya bukan setakat cerita buruk. Saya belajar satu benda yang agak penting yang mengumpat ni maksudnya kalau benda itu betul pun kita cakap pasal orang itu dan orang itu tak ada dalam kalangan bila tengah borak benda itu jatuh mengumpat." "Sekiranya orang itu tak ada contohnya saya tengah cakap pasal orang ini dengan orang lain. Contohnya benda yang kita borak ni tak betul itu jatuh fitnah." "Jadi kita perbetulkan diri kita, kita tak payah ambil tahu pasal orang dan borak pasal orang cuba belajar-belajar."
|
"Pada diri sendiri pula, tak guna solat seribu rakaat pun setiap hari tapi ada sifat ini."
Kurex replied at 30-5-2024 07:31 AM
suami retis tak berbakat bakat bagi nasihat pun nak dijadikan cerita
ADVERTISEMENT