Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty menyatakan dia selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Azri Iskandar demi kebaikan anak-anak. Memetik laporan Melodi, Ellie berkata, dia tiada niat untuk kembali semula dengan bekas suami namun masih mahu Azri kekal dalam kehidupannya. "Saya lebih selesa untuk kami bersaudara. Sangat penting untuk kita mengekalkan persaudaraan. Saya anggap Azri sebagai sebahagian daripada kehidupan kita." "Saya tak boleh membenci dia dan dia adalah bapa kepada anak-anak saya. Tetapi adalah lebih baik untuk kita meneruskan perhubungan ini sebagai saudara." "Insya-Allah kalau saya ada jodoh dengan orang lain, saya juga nak dia terlibat dan akrab dengan teman lelaki saya pada masa akan datang. Saya cakap ni supaya jangan fikir saya akan balik semula dengan Azri lah. Kita hormati ruang masing-masing." Disoal untuk kembali berumah tangga, Ellie berterus terang dia bersedia untuk kahwin lagi.
"Ya mesti. Saya suka alam perkahwinan. Pada saya, ia sesuatu alam yang sangat suci tetapi saya tidak memaksa untuk keadaan itu berlaku. Itu semua dengan izin Allah Taala. Kalau Allah kata tak ada, tak adalah nak buat macam mana." Mengulas tentang penglibatan dalam persiapan perkahwinan bekas suami dengan wanita pilihannya, Ellie gembira dapat mewakili pihak lelaki. "Tapi saya tumpang gembira untuk Azri dan saya doakan yang terbaik. Saya harap bakal isteri dia dapat menerima apa yang kita lakukan bukan untuk mengatakan sebaliknya tetapi semata-mata wakil pihak lelaki itu sahaja." Untuk rekod, Ellie dan Azri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15. Sumber: Melodi/OhBulan |
annadonna replied at 30-5-2024 08:59 AM
Dia takdelah kepam sgt kat luar. Dia tak fotogenik je. Mmg dia tak cinta dah kat azri tu. Pasal tu l ...
Hessa replied at 30-5-2024 01:06 AM
ye..tk fotogenik.pd i dia ni ada manisnya..cuma kulit dia sedikit gelap. tp kalau dia groom diri d ...
sangbara2020 replied at 30-5-2024 07:49 AM
aku slalu tgk yg cerita lawak dia tgh mkn dgn apek,syanie,sape lg 2 org tu...
tp apesal dia nih bert ...
Burong_Hantuk replied at 30-5-2024 08:38 AM
ada ke yg sudi pd acik selekeh kepam ni????
Barebow77 replied at 30-5-2024 10:30 AM
Walau nampak selekah dan kepams tapi acik ada soft spot kat elly nie..nampak baik dan berjiwa besar. ...
annadonna replied at 30-5-2024 08:59 AM
Dia takdelah kepam sgt kat luar. Dia tak fotogenik je. Mmg dia tak cinta dah kat azri tu. Pasal tu l ...
kerani_je replied at 30-5-2024 10:44 AM
Raja azura pun makan masa nk cari pengganti..ziana zain smpai ke sudah x nikoh baru..Cik yelly ni ...
kerani_je replied at 30-5-2024 10:42 AM
Dah menopouse ke belum acik elly yg nak nikoh lagi ni? Dah tua2 fokus diri sendiri lagi bagus..Bil ...
ADVERTISEMENT