Pempengaruh media sosial, King Coco memberitahu dia sudah kembali bergelar isteri. Menerusi sebuah posting di Instagram, King Coco turut memperkenalkan suaminya kepada umum. Lebih mencuri tumpuan, lelaki tersebut juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini. King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail turut menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta. Ujar King Coco, dia berdoa agar perkahwinan yang dibina berkekalan buat selama-lamanya. "Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya." "Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit. Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better." "Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggunjawab terhadap Mateen dan Haqeem."
"You totally make me realised, there always a knight that save me from all the doomsdale." Ujar King Coco lagi, dia berdoa agar perkahwinan yang dibina berkekalan buat selama-lamanya. "I can’t thank you enough. I love you, insya-Allah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehNya, saya nak sampai mati dengan awak." "To more great year with you. i promise ill be loyal and take care of you. Masyallahtabarakallah. Allahummabarik,” kongsinya lagi beserta dengan tanda pagar #gambarkahwinnantipost #yangpentinghalal." Terdahulu, King Coco mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor yang dikahwininya pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem. Sumber: Instagram/OhBulan |
nameisrequired replied at 30-5-2024 07:29 AM
Fuhhh... 2 dah anak dia dgn captain. Ingat 1 je. Dah kahwin S'porean ni slang mat saleh lotsa mix ma ...
kerani_je replied at 30-5-2024 07:44 AM
Dia ni ada potensi keje menyusun koleksi suami..Muda lagi kan panjang lagi perjalanan hidup menyus ...
watachiwa replied at 30-5-2024 07:47 AM
retis ke king coco ni?
ADVERTISEMENT