Penyanyi Iman Troye, 22, memutuskan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada single baharu. Iman yang juga penuntut Diploma Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam berkata, dia bakal muncul dengan single yang berkemungkinan diletakkan judul Kemboja selewat-lewatnya Jun depan. Katanya, kesukaran membahagikan masa antara nyanyian dan pengajian menyebabkannya mengambil keputusan menangguhkan pengajian yang memasuki semester kelima. "Keputusan ini bukan dibuat sendiri, tapi saya dapatkan restu keluarga. Sebagai anak bongsu, tentulah saya kena dahulukan ibu bapa sebelum membuat apa-apa keputusan. "Sebelum ini, kerjaya seni saya agak perlahan kerana sibuk belajar, jadi kali ini saya nak fokus betul-betul pada single baharu," katanya yang ditemui pada Majlis Raikan Result SPM dan Pelancaran Insentif Pelajar Cemerlang PTTI di Bangi, baru-baru ini.
|
Kurex replied at 30-5-2024 09:37 AM
tapi lantak kau la, bukan aku minat kau pun.. lagu2 kau pu aku tak tau. yg aku tau muka kau mcm vid ...
jalfa: Korang ni diploma je pon..biar ...
jalfa replied at 30-5-2024 09:43 AM
Korang ni diploma je pon..biarlah dia patut bagi lebih semangat lagi....asalkan dia nak belajar dah ...
one_aiman replied at 31-5-2024 08:01 PM
diploma muzik, dia pun penyanyi..susah jugak ke nak commit utk study dan kerjaya? Lain la kalau dia ...
bulalof replied at 1-6-2024 08:05 AM
dasar peMALAS!
Kurex replied at 30-5-2024 09:36 AM
halahhhh halahhhhhhh macam single tu siap dalam masa setahun..
one_aiman replied at 31-5-2024 08:01 PM
diploma muzik, dia pun penyanyi..susah jugak ke nak commit utk study dan kerjaya? Lain la kalau dia ...
ADVERTISEMENT