CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Neelofa Terima 100 Kuntum Bunga & ‘Surprise Trip’ Ke Maldives Daripada Suami

29-5-2024 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26488| Komen: 193


Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini serta suami Datuk Abdul Halim Khan baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Noor Kartini meluahkan rasa terharu apabila suaminya memberi hadiah dan kejutan sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

"Pada 15.5.2024 adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Pada pagi tersebut saya terima 100 kuntum jambangan ros yang mekar indah dari suami tersayang dengan sekeping kad ucapan yang sangat menyentuh hati dengan terasa kasih sayang yang abadi, Alhamdulillah.

"Hari ini suami buat surprise, nak bawa sambut ulang tahun perkahwinan. Sampai di lapangan terbang kita check in. Masya-Allah, destinasi yang memang menjadi impian saya."

Ibu kepada sembilan orang anak ini juga turut membuat room tour untuk berkongsi pengalaman menginap di villa di atas air.



Dalam pada itu, usahawan berusia 57 tahun ini sempat menitipkan pesanan tentang asam garam rumah tangga menerusi hantaran lain yang dimuat naik di TikTok.

"Hidup ini tidak semua indah, ada pahit ada manis tapi ingat tujuan hidup kita adalah ingin bahagia. Maka baiki kesilapan kita bersama untuk menuju tujuan hidup berpasangan, insya-Allah kita akan bertemu dengan titik bahagia. Amin."

Menurut Kartini, setiap pasangan suami isteri haruslah bersabar dengan ujian dalam rumah tangga.

"Dalam perkahwinan ni banyak cabaran dan ujian. Ada kaum kerabat yang suka kita ada yang tak suka. Saya selalu cakap kat diri saya sendiri yang aku tak kisah siapa suka atau tak suka yang penting suami kita cinta dan kasih pada ku. Orang kelling yang tak suka aku itu tak penting bagi ku. Kalau nak layan kerabat yang tak suka nanti kita yang derita."

"Jadi pesanan saya pada yang baru berumah tangga, sabarlah dengan ujian dan cabaran seperti ini kerana suami kita akan menilai sendiri siapa isterinya yang sebenar. Dan ingat sabar itu indah."

Sementara itu, Kartini juga percaya bahawa media sosial boleh memberi impak kepada pasangan suami isteri.

"Jangan terpedaya dengan media sosial sebab dekat sini kita akan muat naik yang indah dan manis. Ibarat lidah dengan gigi tergigit apa lagi suami isteri. Tapi itulah kemanisan dalam rumah tangga."


Untuk info, sepanjang mendirikan rumah tangga, pasangan ini dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.

Noor Kartini sebelum itu pernah berkahwin dan hasil perkahwinan terdahulu dia mempunyai lima orang anak.

Sumber: TikTok Datin Noor Kartini/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 29-5-2024 05:48 PM
Bukan ke ada kaum kerabat diaorg sendiri ada biz resort kat maldives & diaorg pon dh pernah ke sana? So mmg betul ke tok halim buat surprise?
Quote jihyomelly 29-5-2024 06:04 PM

terkejutnya…ok done komen…
Quote noor2 29-5-2024 06:19 PM
Suami dia ni mmg org Malaysia ke? Lahir sini? Kalau org luar cane mudah dapat title dato
Quote Tudungpink 29-5-2024 06:23 PM
Yakinnya kongsi tips rumahtangga
Quote Afifi82 29-5-2024 06:35 PM
Ritu gossip tok laki tini pap kawin lagi tu betui ka dak..?
Quote Zeatyisaac 29-5-2024 06:38 PM
57 baru umur dia. Anak sulung , umur berapa?
Quote dua_chzy 29-5-2024 06:54 PM
Nampak macam 64 dah dia. Baru tau dia 57.
Quote aechae 29-5-2024 06:55 PM
Makcik ni artis ke???? Bodohh tukang buka tred
Quote scarflicious 29-5-2024 06:58 PM
Dia kawen umur 13 ke?
Quote belilies 29-5-2024 07:23 PM
MAK NEELOFA NI RETIS KE?
Quote syamzana 29-5-2024 08:13 PM
ingatkan peel yg buat room tour, home tour pelbagai tour ni remaja, remaja kertu je. nenek2 kebayan pun gigih bertour bagai.
dah tua2 ni holiday santai2 dah laa beria nau nak tnjuk kat org mcm baru first time hanimun
Quote shida81 29-5-2024 08:24 PM
Bapak tiri lopa ni pakai rambut palesu ke
Quote NuansaBiru 29-5-2024 08:27 PM
Dah tua2 ni tak payah nak perangai #netizenperlutahu sangat lah
Keep it to yourself
Nobody cares

Quote intan244 29-5-2024 08:31 PM
statement 'yg penting suami cinta' tu applicable x masa dgn ex husband?
Quote makcun14 29-5-2024 08:31 PM
sesuatu sangat. edisi pujuk bini pertama sebab bagi hadiah adik honey ke teww
Quote .N.A. 29-5-2024 10:12 PM
Ibu neelofa ni berlakon drama apa
Quote cempakaa 29-5-2024 10:14 PM
makcun14 replied at 29-5-2024 08:31 PM
sesuatu sangat. edisi pujuk bini pertama sebab bagi hadiah adik honey ke teww

Wow sahih ke news ni?
Quote kerani_je 29-5-2024 10:16 PM
Tok lim pakistan ni tak dak ke gosip skandal or curang? Memang yakin ke kesetiaan nye hanya pada mama tinie hingga hujung nyawa? Memang chenta mati ke depa?

Dulu die tinggalkan ex wife sbb nk kawin mama tinie janda hot..Mama tinie pun siap kena halau dgn ex laki ayah kandung jahlop sbb kantoi curang dgn mamat pakistan ni..So mmg depa ni dah ditakdirkn bersama chenta hingga hujung hayat lah ye..
Quote mrsLucky 30-5-2024 01:04 AM
Tanniah nampak happy di usia senja

Lihat semua komen(193)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.180999 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top