CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syatilla Melvin Kongsi Momen Ibu Ambil Keputusan SPM Di Sekolah – ‘Dia Punya Laju Balik, Tak Sempat Nak Bengkak Mata’

29-5-2024 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12086| Komen: 44


Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi momen ketika ibunya, Robiah Rahman ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memberitahu bahawa ibunya ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan tersebut berikutan pada ketika itu dia sudah pun bekerja dan menetap di ibu kota.


"Masa keluar keputusan, aku tak pergi ambil, mak yang ambilkan. Aku tak ada dekat kampung, aku ada dekat Kuala Lumpur dan sudah bekerja..masuk Dewi Remaja."

Dalam nada berseloroh, aktres berusia 33 tahun itu berkata ibunya hanya mengambil masa yang singkat ketika berada di sekolah.


"Mak aku yang pergi ambil, aku sikit pun tak heran sebab dah tahu keputusan. Mak aku masa pergi ambil keputusan tu, dia punya laju balik. Tak sempat nak bengkak mata, kalau boleh nak pergi ambil tu nak pakai pelitup muka dan cermin mata hitam."

"Dia kalau boleh nak pergi ambil keputusan SPM aku macam nak pergi bercerai. Laju balik sebab tak nak jumpa cikgu atau ibu bapa pelajar lain."

Sementara itu, adik kepada Syatilla iaitu Syida Melvin sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar yang memperoleh keputusan kurang memuaskan.

"Tapi tak apalah, bukan kerana SPM kita tak boleh jadi ‘orang’. Kadang-kadang kita tak ada SPM pun, kita lagi elok daripada yang dapat banyak A.

"Bukanlah nak merendah-rendahkan, cuma nak beritahu kepada mereka jangan rasa putus semangat."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kisah yang dikongsikan Syatilla dan dalam masa yang sama ada juga yang setuju dengan nasihat yang diberikan oleh Syida.

Sekadar info, seramai 373,525 calon menduduki SPM bagi tahun 2023, berbanding 373,974 pada tahun 2022.

Sumber: TikTok/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 29-5-2024 05:34 PM
So nak kata dah berjaya lah ni boleh membina nama tanpa result spm yg helok...ok pahaam.
Quote aleesyasofia 29-5-2024 05:40 PM
iolss sangat tak bersetuju bila kata boleh berjaya tanpa spm dan lain.. menyampah sungguh jadinya.. sebab tu ramai tak mau ambil spm.. spm tu permulaan saja.. bukan pengakhiran dan jauh lagi perjalanan.. orang kaya pun ramainya masuk universiti walaupun tak habis.. maknanya apa.. pokok pangkal masuk universiti juga.. ilmu  tu penting bukan setakat keputusan A semata-mata.. pengalaman mengajar kita tentang hidup, memandu arah tuju hidup kita..
Quote jihyomelly 29-5-2024 06:07 PM
iols sgt tak setuju..org tua dulu2 slalu cakap apa pun mesti kena ada spm..lps tu nak sambung ke keja ke takpe..buat pilihan sendiri..
Quote Shayang 29-5-2024 06:31 PM
Oh dia tak sambung belajar ke? Ingatkan dia masuk u
Rupanya kakak dia yg study kat UKM tu kan
Quote Neno90 29-5-2024 10:35 PM
Nak tb juga ke
Quote pakwetizzaqyah 29-5-2024 11:11 PM
alah dah takde A tu tak payah la nak cakap kau lagi bagus.. dah malas belajar tu ngaku je laaaaaaaaaaaa
Quote anony-mous 30-5-2024 02:27 AM
Mls dah aku nk nasihat stok2 belen bodo kelas belakang mcm ni. Lantak ko la. Problem is org2 mcm ni yg akan pegang jawatan besar, jd org kaya tp xtau nk buat apa dgn duit sbb bodoh.

If u change ur circle , kwn dgn org2 bijak n gaji besar, sgt best. Cuma org2 mcm ni diaorang diam n stay private dkt socmed. Xperlu socmed utk jana duit. Best woo. Jd bijak n kaya.
Quote leftrani_kel 30-5-2024 05:55 AM
Cer cite brape spm syatilla ni?
Quote rosevelvet 30-5-2024 07:30 AM
anony-mous replied at 30-5-2024 02:27 AM
Mls dah aku nk nasihat stok2 belen bodo kelas belakang mcm ni. Lantak ko la. Problem is org2 mcm ni  ...

Kan... Mmg la org cerdik ni mungkin x sekaya founder2 otak babun. Beli itu tunjuk, dpt ini tunjuk. Byk sgt PDA. Pastu bila kena kutuk jd murung bgaduh ngn netizen. Aku tgk kawan2 aku yg bijak ni hidup dia aman2 je. Socmed x aktif sgt. Bcakap pun ada isi.
Quote A-Are 30-5-2024 08:38 AM
Edited by A-Are at 30-5-2024 08:40 AM

Memanglah ramai orang kata SPM xstraight A xper, boleh jugak kaya...trylah ckp mcm tu dengan anak2 masing...mesti xnak kan..tetaplah memasing hantar sekolah terbaik, jauh sudut hati mestilah nak anak tu pandai kan....ego je tu..kak KM pon reti berbangga anak dapat banyak As...sbb the only thing yg kita xdapat beli even banyak mcm mana pon duit adalah kepandaian & zaman kini kepandaian diukur melalui gred...
Quote Burong_Hantuk 30-5-2024 08:41 AM
set2 sampah
Quote missHaidiD 30-5-2024 08:50 AM
So berapa result spm ko masa tu yg ko beriya nk bercerita ni?
Quote enot_sibudak 30-5-2024 08:50 AM
Shayang replied at 29-5-2024 06:31 PM
Oh dia tak sambung belajar ke? Ingatkan dia masuk u
Rupanya kakak dia yg study kat UKM tu kan

Dia cakap,kak long budak bijak n antara best student skolah..jd dia mcm kena perbandingan la..kakak cerdik adiknya x..hehehe...
Quote caprisonne 30-5-2024 08:55 AM
"takda spm lebih elok drpd org yg dapat byk A" tu justifikasi diri sendiri ke? Sorry la aku tak setuju. Kesusahan keluarga pun bukan penghalang anak2 dapat spm straight As.
Quote shernazz 30-5-2024 09:16 AM
Iols ada kawan2 yang spm mmg cukup2 makan juga..tapi depa gigih amek kemahiran
Now ada kawan iols ada bengkel welding, bengkel kete, bukak spa
Dan dari situ depa juga ada networking bagus dan customer2 yang bagus juga..
Jadi tak perlu la kata takde spm.takpe..
Lepas spm.arah tuju kita ke mana...
Amek sijil ke..amek dip.ke..amek.matriks ke...a level ke...terpulang lah pada anda...gitchuuu
Quote MissVixen 30-5-2024 09:28 AM
Mesti keputusan dia teruk sangat. Ada gagal ke? Sampai malu betul mak dia.
Kaya dan pandai beza dengan kaya tapi bodoh dan kaki flex. Zuriat yang dilahirkan pun lebih berkualiti.
Quote jalfa 30-5-2024 09:32 AM
Bangga plak x gi amik result sbb masuk dewi remaja...pencapaian terbaik dalam hidup ke tu join dewi remaja no berapa dewi remaja
Quote dewi_rina 30-5-2024 10:01 AM
Takyah bgtau pun kami tau lah jenis ni mmg tak bijak dalam pelajaran

Done cerca
Quote LostStar 30-5-2024 10:25 AM
malas aku layan org yg terpaling SPM tadak A tapi hidup berjaya..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.043431 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top