CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Orang Yang Bahagia Tak Akan Ada Masa Bercakap Tentang Kehidupan Orang Lain’ – Tyra Kamaruzzaman

29-5-2024 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9361| Komen: 15


Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman berkongsi pendapatnya berkaitan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman menerima soalan daripada netizen tentang ketidakpuasan hati terhadap perhubungan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.

"Awak gembira bergelar pengantin baru tetapi ramai yang kata ‘baru lagi’. Apa pendapat awak?"

Usahawan berusia 25 tahun ini kemudian memberi respon dengan berpendapat bahawa, berkemungkinan individu yang kurang senang melihat kebahagiaan orang lain itu tidak gembira di dalam perhubungan mereka.

Justeru, timbul persoalan seperti itu ketika mereka melihat orang lain mengecap bahagia.

"Saya terima banyak komen seperti ini."

"Mereka sering menimbulkan rasa ‘insecure’ mereka kepada kita untuk rasa lebih baik dengan situasi yang mereka sedang lalui."


"Mungkin orang yang cakap begitu, mereka berkahwin dengan seseorang yang hanya menunjukkan kasih sayang dan kebahagiaan yang sementara. Jadi sekarang mereka nampak orang lain lebih bahagia daripada mereka, mereka akan cakap macam tu la."

Susulan itu, Tyra menasihati pengikutnya agar tidak mengendahkan tentang perkara tersebut.

"Percayalah, orang yang bahagia tak akan ada masa untuk bercakap tentang kehidupan orang lain sebab mereka sudah bahagia. Selalunya mereka akan turut rasa gembira."

"Apa yang orang cakap kepada awak selalunya menggambarkan hidupan mereka sendiri. Jadi jangan dengar."

Sekadar info, Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu  Emran Rijal pada 3 Mei lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber: IG Tyra Kamaruzzaman/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 29-5-2024 05:09 PM
Plain naive?or just too proud to acknowledge that is what most relationships in the world had to face…takpe la dik enjoy je..nnt ada masalah hadap la bersama-sama..susah senang bersama gitu..
Quote Sazreena 29-5-2024 05:23 PM
Ye laaa...yg penting ko tak jadi menantu mek itik enn...
Quote Manusiabesa 29-5-2024 05:26 PM
Tp hg hodoh.
Muka mcm rebung buluh wang kelian
Quote Afifi82 29-5-2024 05:42 PM
I ols kena dia pon sbb penah tgk dia dgn Tok Ti dulu2. La ni mcm selalu dgn Datin E kebabommm tu.
Quote pakwetizzaqyah 29-5-2024 11:12 PM
sape bibir tebal ni???
Quote not_fatiyaEL 30-5-2024 12:04 AM
Sazreena replied at 29-5-2024 05:23 PM
Ye laaa...yg penting ko tak jadi menantu mek itik enn...

Nasib baik.
Quote melinda_kerr 30-5-2024 12:08 AM
Tk follow die tpi penah stalk waktu die nk kawin aritu. Gigih jugak ya dier bereply2 dgn haters.. klau nk tenang kau off jer komen dik.
Quote nameisrequired 30-5-2024 12:09 AM
Macam ternampak ada 1 igshop tag dia.. tanpa make up muka awam saja ye. Tapi tak sia-sia make up sekati, dapat kahwin orka walaupun prev 2 tak kesampaian.
Quote not_fatiyaEL 30-5-2024 12:32 AM
nameisrequired replied at 30-5-2024 12:09 AM
Macam ternampak ada 1 igshop tag dia.. tanpa make up muka awam saja ye. Tapi tak sia-sia make up sek ...

Nasib baik tak jadi masuk fmily makiti. Xnampak bayang2 makiti clans mse wedding dia.
Quote matjerk 4-6-2024 02:55 PM
SPM dulu dpt berapa dik?
Quote zuriey 4-6-2024 03:01 PM
Yucksss..
Quote bayan_nuri 4-6-2024 03:38 PM
dia ni retis ke?
Quote QueenIsolde 4-6-2024 05:07 PM
pakwetizzaqyah replied at 29-5-2024 11:12 PM
sape bibir tebal ni???

Ni la si acah2 kylie jenner wannabe.
Quote awex^returns 4-6-2024 05:22 PM
matjerk replied at 4-6-2024 02:55 PM
SPM dulu dpt berapa dik?

Pakcik Google bagi, result PMR pun nak tipu.. tapi bodoh tak tutup IC ngan nombor giliran
Masa tu netizen buat kerja nohhh
katanya SPM pun tak tau amek ke tak sebab masa tu asyik berkepit ngan anak TokTik

blogger-image-1622133279.jpg



Quote matjerk 4-6-2024 05:46 PM
awex^returns replied at 4-6-2024 09:22 AM
Pakcik Google bagi, result PMR pun nak tipu.. tapi bodoh tak tutup IC ngan nombor giliran
Masa tu n ...

Yup betol. Dia ingat org lupa. Semoga dh tak menjadi pentipu lagi.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.098078 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top