CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

“Saya Rasa Impak Tu Hanya Di Malaysia..” – Rossa Mengakui Budaya Boikot Di Indonesia Tidak Sekuat Rakyat Malaysia

28-5-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18782| Komen: 2

Description: Penyanyi terkenal berasal dari negara seberang iaitu Rossa mengakui solidariti rakyat Malaysia dalam menyokong Palestin lebih tegar berbanding rakyat Indonesia.

Penyanyi terkenal berasal dari negara seberang iaitu Rossa mengakui solidariti rakyat Malaysia dalam menyokong Palestin lebih tegar berbanding rakyat Indonesia.

Menurut penyanyi terkemuka ini, dia mengakui impak budaya boikot yang dilancarkan oleh rakyat Malaysia amat memberi kesan. Contohnya dalam gerakan Blockout 2024 yang tular baru-baru ni.

Tambah Rossa, dia berpendapat mungkin rakyat negaranya telalu ramai dan mempunyai pelbagai pemikiran dan pendapat masing-masing dalam hal yang melibatkan isu berkenaan.

"Sebenarnya gerakan boikot di Indonesia tidak sekuat di Malaysia. Saya merasakan impak blockout itu hanya di Malaysia."
 
"Mungkin kerana di Indonesia negaranya besar jadi, ada sebahagian masyarakat mempunyai pemikiran masing-masing tapi ianya tidak mengurangkan rasa solidariti terhadap Palestin."

Dalam masa yang sama, Rossa turut menyatakan pendiriannya mengenai hal memboikot ini. Katanya, dia kini mencuba untuk tidak mempromosikan mana-mana produk atau jenama yang mempunyai kaitan dengan Zionis.


"Saya tidak mempromosi barangan jenama pro Israel. Dia sebenarnya bergantung juga, kalau untuk tujuan kerja dan selagi ia bukan hard sell, mungkin saya tidak kisah untuk terlibat menghadiri acara mereka."


Sekadar info, gerakan Blockout 2024 ini dimulakan oleh pengguna media sosial bagi menggesa netizen menyekat dan tak menyokong artis-artis atau influencer yang bekerjasama dengan jenama yang tak menyokong Palestin.

SUMBER : Portal/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 29-5-2024 10:45 AM
sbb tu iols unfollow and block retis2 indo tho yg plg iols suka mcm dian sostro tu. yih! geram sbb x guna platform diorng. hmm..then again, its ur choice and mine too. #blockedandblah
Quote sayurmayur88 29-5-2024 01:38 PM
takut periuk nasi hilang uolls...takperla hak masing2...
kita turut tumpang simpati dan mendoakan saudara kita d sana namun kita disini tetap nak hidup kan...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.151485 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top