Golongan muda merupakan harapan untuk masa depan negara yang lebih baik namun ‘social experiment’ yang dilakukan membimbangkan masyarakat. Tular rakaman di TikTok di mana seorang individu telah menjalankan satu ‘social experiment’ untuk kenal pasti sejauh mana orang awam tahu tentang sejarah dan tokoh negara. Menerusi video itu, beberapa orang awam telah ditunjukkan foto aktor berbadan sasa, Zul Ariffin dan juga Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Menyedihkan, semua kenal dengan pelakon tersebut tetapi tidak Tunku Abdul Rahman malah ada yang keliru dan menyebut nama Tun Abdul Razak pula. Bukan itu sahaja, seorang wanita turut berkata Bapa Kemerdekaan kita itu bekerja sebagai anggota RELA.
Video itu mengundang perhatian dan menerima pelbagai respon daripada warganet yang mengkritik individu yang disoal. Menerusi ruangan komen, ada yang menyatakan kebimbangan mereka dengan masa depan negara malah ada yang bersetuju jika subjek Sejarah diwajibkan untuk lulus bagi peperiksaan SPM. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
dua_chzy replied at 29-5-2024 03:55 PM
Dulu weols wajib hafal nama menteri kan. Zaman 90an dulu. Subjek Alam dan Manusia ka apa. Aku pun ta ...
dua_chzy replied at 29-5-2024 03:55 PM
Dulu weols wajib hafal nama menteri kan. Zaman 90an dulu. Subjek Alam dan Manusia ka apa. Aku pun ta ...
green~tea replied at 29-5-2024 04:24 PM
Dulu boleh lg hafal nama menteri dan kementerian masing2.. tp semenjak 2018 apatah lg zaman tebuk ...